Sejahat mana wanita tetap akan sayangkan anaknya

Baru ada masa nak update blog hari ni. Apa taknya,  dengan Naim bermanja kat rumah hari ni dan Nazif yang comel ni lak asyik nak berdukung aje, mamanya macam dah hampir nak terbaring tadi. Mujurlah akhirnya Nazif nak tidur dan saya pun tumpang tidur sama. Penat jadi mama ye...

Tengah penat tu teringat saya cerita semalam. Terharu saya menonton kisah Azri dan maknya dalam drama Perempuan Itu Ibuku, di TV3 malam tadi. Macam-macam yang sanggup dibuat oleh seorang ibu yang sayangkan anaknya..

Korang tak jadi ibu, korang tak tahu.. Dah ada anak, walaupun anak tu nakal, kita tetap akan sayangkan anak kita sepenuh hati. Walaupun ada masanya marahkan anak kita, tapi kalau dengar orang lain bercakap yang tak baik tentang anak kita, kita pasti marah. Kasih dan sayangnya ibu kepada anaknya.

Eh, entah apa motif entry ni.. Kisah bercampur lak. Tak apalah, yang penting ada pengajaran. Kalau korang faham, mungkin dapat tangkap yang saya tulis entry ni sebab Naim yang agak lasak tu. Masa ke klinik dan jalan-jalan dengan dagunya yang berbalut hari tu, ada yag tegur dia budak nakal. Budak kecil, lelaki lak tu, normal lagi rasanya dia lasak macam tu. Lagipun bukan semua orang sama..kan??

Comments

  1. tepat sekali w/pun kita sering disajikan kes2 penderaan oleh si ibu, besar kemungkinan ia disebabkan STRESS yg tak terkawal..

    sbg manusia normal, tak mungkin kita kejam terhadap anak kandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong kak tini.. spa yang ibu yak sanggup bust demi anak.

      Delete
  2. Sedih tengok citer tu semalam…kasih seorang ibu….

    ReplyDelete
  3. Budak lelaki biar nakal... itu tandanya macho...
    dan simptom2 budak yg cerdik.

    I dah lama tak tengok drama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..minta2 mmg la cerdik bila dh besar nanti

      Delete
  4. kalau budak2 tu tak dip panggil nakal, selalunya budak2 kecik lagi ni di pangil budak aktif jea..hehe
    selalu budak aktif ni budak cerdik

    ReplyDelete
  5. betul tu..kalu akak pun tak suka org cakap anak akak mcm tu..adam tu kdg2 ada degilnya,bila blk kg,mak pak saudara selalu cakap dia degil..aduhai sebak rasa hati nih,nak je minta diorg jgn cakap mcm tu,takut ckp2 tu jadi doa pulak..

    ReplyDelete
  6. tengok cerita tu... tapi separuh jalan, tv pulak tgk MA.

    hihihi... benda2 macam tu, kawan2 je yang boleh tegur. kalau org yang lalu lalang, x sesuai. bukannya dia kenal kita pun. kecikkk hati kann

    ReplyDelete
  7. setuju dikk
    kita nie sebagai ibu .. dlm mulut punn sanggup keluarkan dan bagi pada anak2 huhuh
    anak2je x tahulahhh sanggup jaga kita atau tidak bila dah besar nanti huhu

    ReplyDelete
  8. nadia rasa hari tu nadia terlupaaaa nak follow akak kott. :)
    sekarang nadia dah follow k. kak, ruginyaa. nadia terlepas tengok cite tuuu. dekat fb pon ramaii yang update pasal cite ni.,

    ReplyDelete
  9. Ala tak tengok citer tu.. nak layan kat tonton takdak masa.. huhuu..

    Betul tu kak, walau anak nakal, seorang Ibu akan telan apa saja dan tetap akan sayang anak tu.. ;D

    ReplyDelete
  10. setuju walau sejahat manapun anak tetap akan di sayang.... tapi tak tahulah kenapa masih ada yg sanggup membuang anak dan mendera...

    ReplyDelete
  11. saya tak tengok citer ni..memang cadang mahu tengok tapi tertidur terus lepas susukan baby..
    memang betul macamna sekalipun sikap seorang anak ibu tetap akan sayang..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?