Geram betul@ perkhidmatan City-Link Express

Ai, nama city-link express tapi perkhidmatannya lembab macam kura-kura. Ada ke patut bungkusan yang anak buah saya poskan dengan menggunakan syarikat ni pada 29hb Nov yang lalu masih tak sampai ke BSP ni? Diorang pos pakai apa agaknya? Kalau naik motor dari Kelantan pun rasanya dah lama sampai...

Korang, kalau lain kali beli barang daripada online ke nak pos barang kena pastikan pilih syarikat penghantaran yang baik perkhidmatannya ye. Saya bukan nak memburukkan syarikat ni, tapi memandangkan ini dah kali kedua saya terkena, rasanya tak salah entry ni. Bagi rakan-rakan yang lain tahu dan buat pilihan yang baik.

Comments

  1. kami baru jer terima bungkusan rasmi guna Felda Courier Service bertarikh semalam, cepatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..tu baru ye namanya EXPRESS....walau tak nama express tapi servis macam monorail, bagus syarikat tu..

      Delete
  2. Dear, bukan citylink je..akak pernah kena dengan abx pon ada..sampai bengang akak kol sendiri cakap dengan HR manager ..sebab ni urusan kompeni..mau ke idak hampir seminggu brg terperap…memang panaz je rasa kan..pastu baru ni dengan pos laju….tatau la ..macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeke? mujur setakat ni saya tak pernah bermasalah lg dgn pos laju..abx mmg xpenah try.. boleh beringat dgn syarikat2 ni...ok thanks

      Delete
    2. Ha'a... so far saya takde problem pulak dgn poslaju. Kalau lewat pun disebabkan cuti2 umum.

      Delete
  3. ooo..nanti akak bgtau adik akak,dia keje kat city link tu,tp akak mmg tak penah guna perkhidmatan city link ni lg..

    insyaAllah kalu ada rezeki mmg nak tambah lg sorg tahun depan,doakan akak ye..

    ReplyDelete
  4. hehe.. SETUJU...
    tp xnak komen lebih..takut jd kontroversi... hehe

    ReplyDelete
  5. sstgh courier company mmg ade masalah mcm ni.
    dulu keje ngan company yg selalu guna khidmat courier company.
    selalu alasan tak cukup pekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam. Saya pernah bekerja dalam syarikat kurier. Memang sering kali menghadapi masalah kekurangan pekerja. Pekerja ramai berhenti disebabkan banyak faktor. Kite tak tau masalah dalaman, sebab tu kita mudah menganggap perkhidmatan yang disediakan tak seperti ape yang digambarkan. Tapi ape pun 'customer always right' tu memang betul. Bebudak kurier gaji pun tak tinggi mane, jadi diorang nak harapkan gaji yang tinggi tapi pendidikan tak tinggi mane. Keje makin berlambak-lambak. Sehari kurier perlu pergi sebanyak 60-80 hentian. Mane nak sempat kalau barang yang dipikul tu terlalu banyak. Tambahan pulak isu kekurangan pekerja. Syarikat nak bayar gaji tinggi pada kurier pun tak boleh jugak, keuntungan tinggi mane lah sangat kalau satu penghantaran dokumen dalam RM3-RM6. Melainkan syarikat kurier bertaraf antarabangsa itu memang tak dapat nak dinafikan, satu dokumen boleh mencecah RM20.. kurier mereka pun dibayar dengan gaji yang tinggi.

      Delete
  6. wah lama tu... kalau sy pun geram.. mcm guna normal pos plak.. eh, normal pos pun x lama camgini kot..

    ReplyDelete
  7. Akak dh terkena ngn syarikat ni.....kita bayar untuk hantar last2 sampai smula brg kat akak....aduhaiiiii....ms tu rase tak puas hati betul..... akak rasa sifat amanah tu yg perlu kuat dlm memikul sesuatu tugasan....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?