Dont judge a book by its cover !

Petang tadi saya dan suami pergi menanya sebuah taska baru untuk hantar anak-anak bermula awal  tahun depan. Tempat baru ni jaraknya lebih dekat dari rumah kami, guru yang mengasuhnya pun ramai, ada 8 orang semuanya dan harganya lebih murah RM 50. Oklah kan tiga sebab tu untuk tukar tempat baru kan? Bukan tempat lama yang jaga Naim sekarang tak bagus, tapi macam dikatakan tadilah, ada tiga sebab lain yang rasanya tak salah untuk kami tukar tempat asuhan anak-anak.

Cikgu-cikgunya peramah, tapi rasanya peramah lebih-lebih lak. Ada ke patut salah seorang cikgu tu cakap tak percaya saya kerja sebagai cikgu. Katanya suara saya perlahan.

Takkan lah nak cakap dengan orang lain sama dengan cara saya kawal kelas? Lagi satu, tadi sebenarnya pada jam  5.30 petang tu saya dah penat sangat. Terasa malas nak singgah ke taska tu sebenarnya tapi memandangkan hari ni suami lapang, saya pun gagahkan diri untuk singgah. Apa tak penatnya, seawal pukul 8.30 pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Mula-mula saya temankan suami ke Klinik Pakar PPUKM. Kemudian singgah di Mid Valley. Masa jenguk AEON, terjebak lak dengan Member Card Day. Apa lagi, saya pun bershoppinglah.. Semangat betul saya.. Dengan dukung Nazif yang melebihi 6kg ni gigih saya pilih baju anak-anak, suami dan saya sendiri. Beratur kat kaunter pun lama tadi. Akhirnya kami laki bini balik dengan masing-masing lenguh tangan. Mana nak angkut barang lagi, mana nak pegang anak-anak lagi..Lagipun tak sangka nak singgah ke Mid Valley sebenarnya, stroller dan baby carrier langsung tak bawa.

Eh, panjang lak cerita kisah membeli belah.. Motif entry ni sebenarnya nak ceritakan yang siapalah kita nak menilai orang lain.. Nampak orang yang bergaya, selalu disangka kaya, yang selekeh sebaliknya. Kalau tengok budak lasak, disangka nakal, padahal belum tentu benarnya...

p/s: agaknya tadi saya muka pucat, suara perlahan, pakai selipar buruk dan tudung bawal yang lusuh memang nampak macam surirumah yang tak terurus kot? hahaha

Comments

  1. huhu...kadang2 pakcik nek beskal tua org ingat x ada duit...sekali bawak kuar duit dari bank...mak aih banyak giler...betul, jgn judge org hanya tengok luaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat... Saya memang ada sdara mcm ni.. Umah besar, kereta mahal ada tapi ada masa dia keluar pakai biasa n naik myvi je..

      Delete
  2. Heheeee.....begitulah penilaian makhluk sesama makhluk....abaikan....
    Allah yg sebenar2 Penilaian.......:-) akak pun jenis tak melawa jg kalau keluar..simple....yg penting selesa dan menutup aurat dn paling penting cik abang cayang kata okeeee...ngeeeee...

    ReplyDelete
  3. saya pun selekeh... suka pakai baju yg rasa selesa dari nampak bergaya :)

    ReplyDelete
  4. ye.. betul.. saya pun selekeh, faham sgtlah.. hehehe

    ReplyDelete
  5. mmh rupa dan gaya akan mempengaruhi tanggapan pertama org lain

    ReplyDelete
  6. hahahha..... betul tu.

    tp, smlm, saya impress sangat dgn opismate. dia baru tukar dr tpt lain. suaranya bila bercakap, kita kena dtg dekat. sbb dia berbisik.
    but smlm, turn dia utk present dpn client. WOW! loud and clear suaranya. hihihi

    ReplyDelete
  7. Ish kesiannya akak..apa laa cikgu tu..mmg klu selekeh org akn pndg lbih krg jek..haish mulut org..

    ReplyDelete
  8. Hehehehe...maybe pucat sbb penat kot? Tapi, tak pelah. Selekeh tak semesti kita pokai. Khennn??

    =p

    ReplyDelete
  9. mmg macam tu kot manusia ni kan,suka menilai terlebih dahulu sebelum tahu yg sebenar..
    betul tu takan aisy nak cakap luat2 dgn dia mcm ckp dgn murid2 kang dituduh kita kata dia tak dengar pulak kan..hehe

    ReplyDelete
  10. salam kenal :-) aida blogwalking pagi2 ni. terterjah sini.
    i follow...

    aida ni suara pun slow. org tak percaya aida keje lawyer. diorang kata, orang bersalah pun terasa tak bersalah lepas dgr suara aida. ciss! menghina tuh!
    pe pun, betul betul betul... jgn tgk pada luaran. kenal dulu, baru bleh citer ;-)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum

    salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak.

    kalu sudi, jom ke teratak picisan saya...

    ReplyDelete
  12. akak ni lembut kot orangnya...

    ReplyDelete
  13. saya pun pernah juga kena juga time shopping barang..
    mmg sesetengah orag akan menilai orag dari luaran..tengok saja terus nilai..

    ReplyDelete
  14. a'aa kan... xkanlh nk ckp kuat2 pulak.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1