Amalan perkahwinan yang pelik

 
  • Di Itali,
Sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat 'sah nikah'.  Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama.

  • Di Khanyan, India 
Suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau. Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.
Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu. Apabila upacara pernikahan 'mengusir syaitan' selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.
"Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti," kata bapanya.


  • Scotland
Pengantin lelaki disuruh makan isi perut kambing biri-biri. Malah, lebih malang pasangannya akan disiram dengan telur mentah, air kotor, sos dan yogurt. Ritual ini dikatakan bagi memastikan pasangan itu tidak bertelingkah selepas berkahwin.
Boleh dikatakan rata-rata kaum Adam mendambakan pasangan yang berbadan langsing dan menawan tetapi lain pula halnya di Mauritius. Di negara itu, wanita yang menjadi kegilaan lelaki ialah wanita bertubuh berisi.
Malah, sejak kecil lagi ramai anak perempuan ditempatkan di beberapa buah khemah di Gurun Sahara bertujuan untuk 'menggemukkan' mereka.
Mereka wajib makan dua kilogram daging unta sehari di samping 19 liter susu kambing.
  •  Indonesia
Mereka dilarang membuang air besar dan air kecil selama 72 jam selain tidak boleh menggosok gigi dan mandi.
Sekiranya peraturan itu dipatuhi, mereka didakwa akan hidup bahagia dan dikurniakan zuriat yang ramai serta sihat. -


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm#ixzz2DrCUmMra

Comments

  1. pelik2 la diorg ni. geli pun ade amalan diorg ni..huhu

    ReplyDelete
  2. as salam

    memang pelik2 je kekdahnya:)

    ReplyDelete
  3. hurmm mengarutt je lebih kan
    sib baik org islam malaysia x macam tuu huhu

    ReplyDelete
  4. Adeh, macam2 la cara diorang ni

    ReplyDelete
  5. Bersyukur dilahirkan sebagai Muslim dan jauh dari budaya pelik2.

    ReplyDelete
  6. pelik..pelik... singgah sini dan follow..

    ReplyDelete
  7. pelik betul..nasib baik kat tempat kita takde buat benda2 pelik mcm ni..

    ReplyDelete
  8. macam2 amalan, budaya dan adat yg pelik...begitulah hidup jika tidak di atas landasan yg BENAR..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts