Gigih mengepam

Beberapa hari ni memang saya gigih mengepam susu. Apa taknya, stok memang tak ada. Sebelum ni saya tak buat banyak stok sebab susu badan semakin merosot. Cukup untuk Nazif minum secara direct je, tu yang dia berkali-kali nak isap.. Ada masanya saya rasa penat juga, tapi sian memikirkan anak, bersabar ajelah..

Jadi, langkah nak tambahkan susu, saya pun belilah set menyusu Shaklee.. Baru 5 hari amalkan set menyusu ni...Ambil supplement ni kena pulak minum 3 liter air sehari. Adoi, cabaran betul. Masa mesyuarat sekolah kemarin tu boleh tengoklah saya ke tandas sampai empat kali sebab tangki asyik terasa penuh je.. Apa nak buat, dah bayar mahal-mahal kenalah ikut aturannya, kan? Kalau tak, sayang je nanti tak menjadi.

Satu yang saya perasan,masa mengepam susu ni saya memang kena fokus betul baru lebih susu yang keluar. Kalau pam sambil bersembang, edit blog atau BW blog rakan-rakan memang sikit benar susu yang keluar.. Malu nak tubik ke... ada juga saya terbaca yang kalau kita nak pam susu, seharusnya kita membayangkan wajah anak kita.. patutla susu malu nak keluar..

Jadi sementara bukan masa untuk pam dan menyusu lagi ni, elok saya gigih buat entry baru dan BW ye... Nanti nak tambah stok susu lagi.. Kesimpulannya, set menyusu Shaklee ni setakat 5 hari saya makan ni, sedikit membantu, dah bertambah susu yang boleh dipam...Alhamdulillah, harapnya semakin lama akan lebih banyak lagilah susu yang dapat dipam..doakan ye..


p/s : semalam di Alamanda, saya tengok seorang ibu muda yang menyusukan bayinya di kawasan Food Court Rasa dengan menggunakan kain produk Lunatots untuk tutup bahagian atas badan sementara dia menyusukan anaknya secara direct di kawasan awam.. menarik tu, kalau ada produk macam tu, taklah nak bagi alasan menyusu badan ni menyusahkan ibu... Bak kata, nak seribu daya, tak hendak tu macam-macamlah alasannya...



Comments

  1. dulu pam banyak..masa adib lahir saya keje lagi..nursery tak galakkan bagi susu pam ;( sian adib..

    psst pertukaran dalm daerah nak msk 4thn kat cni 3 sekolah kena tukar uhuhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nursery mmg gitu, nak senang diorang je.. masa saya hantar Nazif minggu ni pun ada cikgunya yang cakap bg je susu formula tu sepenuhnya kat taska...aritu campur susu sebab stok takda... saya terus sound, saya beli produk shaklee mahal2 buat apa kalau saya niat nak campur terus..diorang cakap nazif payah nak tdo, budak yg bf sepenuhnya gitu...saya senyum je, mmgpun ..

      banyak sabar ye pasal tukar sekolah tu..

      Delete
    2. betul..mereka malas meremeh...mungkin jg sbb ramai bebudak lain untuk diberi perhatian...tapi yg jd mangsa keadaan anak2 kita...

      akak dulu tak pernah hantar nursery...hantar kat rumah orang..Alhamdulillah ..berapa kali tukar pengasuh pun tetap ditemukan dengan mereka yg tak pandai berkira dengan anak2 akak..jadi senang kita bawa stok susu untuk anak...

      Delete
    3. bestnya akak..rezki anak2 akak dpt pengasuh yg baik...
      saya kena redha jelah dgn nursery ni...dekat dgn umah je..nk senang tang tu...

      Delete
  2. teruknya nursery kalau mcm tu..bek x payah buka nursery lkalau malas kan..kan...

    * yg baju peplum no 70 tu ke? set ke atau top je yang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla, mungkin nak memudahkan kerja diorang..kena redha jela..org lain selain sdiri, kita kena kerja ...jd terpaksalah

      Delete
  3. Masa zaman kakak dulu tak ada shaklee dan apa-apa lagi Aisy. Kalau ada mesti kakak pun nak juga. Beruntung sekarang macam-macam pendedahan dibuat bagi ibu-ibu celik ilmu keibuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak..cuba yg untuk anak

      Delete
  4. Yela kak, nak mengepam susu untuk anak tersayang, kena bayang wajah yang bakal menerima susu kita tu la, baru mencurah2 dia keluar :D

    ReplyDelete
  5. teruskan uasah Aisy..
    menarik p/s tu...selalunya saya pakai baju dua lapis utk tutup badan masa susukan baby d tempat awam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tips bagus juga ni.. Thanks, boleh try lain kali..

      Delete
  6. insha Allah..moga bertambah rezeki nazif nanti,teruskan berusaha te aisy

    ReplyDelete
  7. syoknya ada baby...mohon doa tahun depan saya jd puan..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok akak tolong doakan supaya adik cepat jadi puan..cepat dapat baby juga..

      Delete
  8. teruskan usaha yer..In Shaa Allah akan bertambah rezeki utk nazif

    ReplyDelete
  9. betul.... sekarang ni, lebih open menyusu di khalayak ramai. sebab ada mcm2 produk yang elok dan cantik2. x terdedah pun aurat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1