Masa

Cepatnya masa berlalu. Beberapa hari lepas masa bermesej dengan rakan-rakan lama, saya baru perasan yang dah 10 tahun berpisah dengan diorang rupanya.. Patutla masing-masing dah ada banyak perkembangan sendiri, tahniah rakan-rakanku...

Tahun baru pun dah tak lama lagi.. Kalau berfikir apa yang kita nak capai untuk tahun seterusnya, kadang-kadang memang ambil masa, kan? Tapi bila dah melaluinya, tak sangka pula cepat betul masa akan berlalu. Macam sekarang, dah boleh dikira dengan jari bila tahun 2012 ni akan berakhir. Tak payah kira pun tak pe, sebab dah memang tinggal beberapa hari je lagi.

Rasanya tahun ni saya tak nak tetapkan azam yang spesifik, cukuplah azam untuk memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya untuk keluarga, diri, rakan dan kerja. Ingin sangat saya bahagikan masa yang ada dengan sebaik-baiknya supaya kehidupan akan lebih terurus dan bahagia..Semoga dengan ni juga saya tak akan terlepas detik-detik bahagia dan istimewa bagi orang-orang di sekeliling saya ni..




Dua gambar ni saya jumpa dalam hp, entah siapa yang snap gambar ni.. lokasinya di rumah kakak saya. Bila terpandang ni, saya baru perasan yang Naim dah pandai buat bulatan. WAh, anak mama dah pandai kemahiran membuat bulatan tanpa mama sedari.. Masa naim cecah dua tahun dulu, saya pernah ajar dia buat bulatan tapi dia tak nak pun ikut. Nampaknya di usia 2 tahun 9 bulan Naim dah kuasai kemahiran ni. Jadi anak mama ni pandailah, check list kemahiran untuk budak 3 tahun semua Naim dah reti buat..

p/s : cabaran kepada diri untuk tak nak terlepas perkembangan anak-anak..

Comments

  1. 1st..lalala..sakit perut la pagi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. H, komen ni akak publish petang ni, sebanya tak perasan masuk ke spam...
      apa pun mmg no 1...
      tahniah... nati tuntut hadiah ye..

      Delete
  2. alamak..lupa pulak kat sini ada approval..bukan 1st la nampaknya..hahaha

    kak, naim tu kanan ke kidal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau...H memang bertuah.. no 1 nampaknya... hadiahnya nak?

      Naim nampaknya mcm kidal, tp setakat ni kami galakkan dia guna tgn kanan lebih, sebab kebanyakkan budak mmg suka dahulukan anggota kiri masa kecil.. biar ajelah apa yg dia selesa nanti...

      Delete
    2. kebiasaannya orang kidal ni pandai2 kan? yang tulis kanan pun pandai jugak..tapi mungkin sebab orang yg kidal ni minoriti, so diorang nampak lebih outstanding..

      Delete
    3. adam pun masa kecik dulu pakai kiri. tapi, kami kanan kan balik. dah besar ni, kanan la...
      kalo yg mmg kidal xtau la... maybe kalo ubah pun dia x selesa

      Delete
    4. ha..ni buktinya.. ramai yg cakap gitu.. nantilah tgk mcm mana, boleh tak saya mengkanankan naim ni...

      Delete
    5. H , naim ni pandailah jadinya bila besar nanti... hehe, mak org ni mmg mcm tu...berharap tinggi..

      Delete
    6. biasa la tu..mak mesti doakan yg baik2 untuk anak2..hehehe..insyaAllah naim ni akan jadi org yg bijak..:)

      Delete
  3. Kan...masa cepat sangat.saya pun takde nak tetapkan azam yg spesifik sbb selalu berazam tp tak pernah bersungguh..cuma saya happy in sha allah hajat nak tambah sorang lagi ahli keluarga tercapai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, nati zara dpt adik. mesti dia lg seronok

      Delete
  4. hihi~seronok bler anak semakin ari semakin besar...semakin byk kemahiran yg dia belajar..:) nieyl untuk tahun depan ade dah azam nyer...salah satu nyer..nak baby...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..bagus tu... usaha lebih lagi utk jadi mama ye...

      Delete
  5. bagus,
    bila dah cekap koordinasi jari,
    bila masuk sekolah dah cepat belajar menulis :)

    ReplyDelete
  6. betul tu..kalu bole taknak terlepas satu pun perkembangan anak2..sangat berharga dan bermakna

    ReplyDelete
  7. Mmg. Sy tgk, Aydin pun dah tak baby lagi. Tp makin membesar. Heheheheh....

    Azam? Maybe lunaskan segala projek yg terbengkalai tu kot? Hrpnya menjadi le...doakan sy.

    ReplyDelete
  8. satu kepuasan kan bagi seorang ibu bla tengok anak2 membesar depan mata...

    ReplyDelete
  9. tu la.. kekadng kit ani terlepas dengan perkembangan anak anak.

    Ni pun tengah gigih mendera Amirul hafal sifir. sian dia. tapi kena jugak ajar.

    tak pe pelan pelan. kalau kit apantau dia mesti anak anak ni akan cepat catch up

    ReplyDelete
  10. setahun macam sekejap je kan Aisy..nanti tahun depan anak dah pandai jalan..

    ReplyDelete
  11. Naim dah berjaya... Amni pun dah pandai.. Naim ngan amni sebaya la ek..amni 2thn 6 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau amni lahir mac 2010, maknanya memng sebaya dgn naimlah...
      amni pun dah tahu buat bulatan? pandainya dia...
      tak payah nak susah hati ye, diorang boleh buat rupanya...

      Delete
  12. salam ain..lama x jengah rasa..rindu pula..:) kan masa cepat sangat2 berlalu....jadi kita kena gunakan masa dengan sebaiknya..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  13. cepat sgt masa berlalu kan. byk azam nik yg terlaksana lagi ni. so harapa dapt buat untuk tahun depan ,

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts