pukul 5 pagi tak boleh banyak cakap ?

Ni bukan kisah hantu ye..Saya cakap awal-awal. Nak cerita kisah bangun awal sebenarnya. Pagi ni saya bangun awal dan buat macam-macam kerja sebelum bersiap nak ke sekolah. Dalam jam 5.20 tadi saya dah sediakan nasi goreng untuk alas perut memandangkan nasi semalam ada banyak lebih, kesian lak nanti nasi tu terbazir macam tu aje kan?

Sambil sediakan bahan dan masak tu saya sembanglah dengan suami yang kebetulannya baru bangun dan tengah menghadap laptop untuk buat kerjanya. Apa lagi, saya tanyalah beberapa soalan yang tak penting sangat pun, saja nak bersembang dengan suami, terasa senyap lak seawal pagi macam tu. Ai, laki saya ni, ada ke patut lepas soalan kedua, soalan yang ketiga tu dia cakap, " pagi-pagi dah cakap banyak,". Tak ke ada undang-undang yang mengatakan pukul 5 pagi kita tak boleh cakap banyak? Lucu pun ada..

Tapi sebenarnya memang ada orang yang macam ni kan? Masa mula bangun tidur, tak nak dan tak boleh nak bercakap banyak. Yang tak nak dan tak boleh nak makan pun ada. Dia ni macam tulah, kalau bangun pagi, paling awal lepas dua jam baru perutnya boleh masuk makanan..

Saya juga yang mudah. Bangun pukul 3 pagi ke pukul 4 pagi ke, memang tak ada masalah untuk bercakap atau nak makan. Terus boleh cerita macam-macam dan kalau ada makanan yang sesuai, memang boleh aje makan seawal bangun tidur...Korang macam mana?

nasi goreng malas saya buat pukul 5 pagi tadi,,

Comments

  1. pukul 7 pagi boleh banyak cakap x? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...boleh je...lagi bagus kalau kul 7 ni cakap banyak, cergaskan minda dan ceriakan diri utk masuk kerja...

      Delete
  2. wak pon kadang2 malas nk cakap pagi2 jugakk.. ahhks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...wak..sokong aje kaum lelaki ye!

      Delete
  3. errr..sayaa spesis yg sama macam suami akak..pagi2 kalau baru bangun tido memang tak banyak cakap..

    pasal makan tu..pun sama jugak kot..maybe sebab tu bila bangun sahur jer takleh nak makan banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai... mmg sama jenis nampaknya.. tu yg akak kadang2 cakap dengan anak yg umo 2 tahun lebih ni, sebab nk psiko suami , sindir dlm sopan, hahaha...
      baru dia akan cakap lebih..

      bab makan nk en H ni, ok lagi klau macam ni, untung siapa yang jadi isteri...hehe, macam akak, kalau malas tak payah sediakan sarapan pun takpe, tak kisah kan?

      Delete
  4. suami malas nak bercakap tu
    sebab tu la cakap mcm tu

    lelaki biasa la. dia malas skit nak layan pompuan berborak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah....malas nak layan tu tak tahan dengar alasan.... kalau kita buat diam pun kadang2 diorang susah hati juga kan?

      Delete
  5. nampak menyelerakan nasi goreng tu..lapar akak dibuatnya pagi2 ni..hehe
    akak pun jenis tak kisah,bangun la pukul bape pun,kalu lapar bole je makan bila2 masa je..bercakap apatah lg..hehe

    ReplyDelete
  6. sama macam hubby saya.

    erkk... saya jugak dh bangun 5.30 tadi. tapi,takde la pulak nasi goreng. minum neslo panas sambil mengharapkan semua penghuni bangun awal untuk breakfast. selalu breakfast awal, ni perut dah berkeroncong. janji nak breakfast ramai2 kt luar... ke depa ni nk lunch ni? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kalau dah beramai2, mmg lama juga nak berkumpul semua di pagi2 ni...

      Delete
  7. mungkin dia tengah stress kot, kerja banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga kak, memang dia jenis gitu byk keje je xda keje.. Saya yg dh faham ni sengaja buat sembang juga dgn dia..

      Delete
  8. haha...dia ngantuk lagi kot...kih kih..ker dia takut kuar bau bauan dari mulut dia.koh koh...

    bab makan pagi..zaman study dulu jenis x boleh makan pagi..paling teruk masa uitm..makan ja pagi, muntah balik..kurus kering..tetiba ja lepas tu boleh makan pagi..badan pon makin naik..kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki saya pun alasan sama dgn akak ..
      Sakit perut kalau makan awal pagi

      Delete
  9. awalnya Aisy bangun..saya paling awal bangun jam 4.itupun mau tidur balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jangan kata gitu..sebab nak siapkan kerja sekolah je saya beriya bgn awal..kalau x, paling awal pun 5.30.. Mlm pun tak dapat nk tdo awl dgn ada anak kecil.

      Delete
  10. sedap je tengok nasi tu..xdenya malas..kira rajin la tu..hihi

    ReplyDelete
  11. Ekekkeke, kelakar laa ur hubby... mesti dia saja tak nak cakap, sbb tu dia kata mcm tu... kalau saya terbalik, suami yg lagi byk cakap... tanya itu ini, saya pendiam sikit

    ReplyDelete
  12. hihi.lya la pesen xleh mkn awlpagi..mesti nk tkeluar balik...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1