Bukan mudah, kena sabar

Semalam, 20hb hari jadi adik saya.. Dah besar sangat adik saya ni rupanya. Adik dah 29 tahun rupanya.

Saja sebut tentang adik tunggal saya ni..mengenangkan kenakalan dan aktifnya dia masa kecil dulu memang tak sangka sangat dia akan jadi sebaik, suka menolong, jaga solat dan bertanggungjawab macam sekarang. Bukan saja nak memuji adik sendiri, tapi benda yang betul, apa salahnya dipuji,kan?

Masa kecil dulu adik saya ni memang cukup nakal. Dengan beza dua tahun je umur kami, dia memang suka bergaduh dengan saya. Pernah kepala saya berdarah sebab bergaduh dengan dia, sampai ayah bawa ke klinik. Pendek kata memang budak nakallah dia ni semasa kecil. Malah masa di sekolah menengah pun dia masih lagi nakal.

Masa saya mengadu tentang Naim yang macam nakal ni, mak saya selalu sebut kena banyak bersabar dan berdoa untuk anak jadi lebih baik. Menjadikan kes adik saya sebagai rujukan, kata mak lagi, bukan mudah nak ubah kelakuan seseorang, tapi akhirnya lepas dua puluh tahun baru dia jadi anak yang baik, memang satu rahmat bagi kami sekeluarga.. Apa usaha mak saya tak pernah buat semasa adik saya ni kecil, memang banyak, banyak sangat nak diceritakan satu persatu.

Nampaknya saya memang kena banyak-banyak sabar dalam mendidik anak, banyak berdoa dan banyak bertolak ansur dengan Naim. Kena pujuk hati sendiri supaya jangan cepat marah, janagn mudah naik angin dan jangan mengalah.. Allah akan bagi kita pertolongan, sama ada cepat atau lambat.  Korang pun sama ye, kita nak yang terbaik untuk anak kita, kan?

Comments

  1. Ehem..naim ni dah berpunya kewww??? Kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, naim tu anak saya, mestilah belum berpunya, baru nk masuk 3 thun umo dia.. Adik saya yg xdinyatakan nama, status rahsia...hehe

      Delete
  2. moga adik awak akan jadi adik yg baik untuk akak nya :)

    ReplyDelete
  3. betul tu aisy..nak kena byk bersabarkan,kdg2 nak naik angin jugak rasanya.. tp hairan juga arwah mak akak jaga kami 9 beradik,mcmmana agaknya,akak ni baru dua kdg2 nak meroyan dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kita kena lebih sabar agaknya..saya pun ramai gak, 6 beradik

      Delete
  4. sabar & terus bersabar..nanti ada hasilnya kan..

    ReplyDelete
  5. sikap dan perangai waktu kecil seseorang tak boleh dijadikan sbg kayu ukur untuk menilai sikapnya akn datang..

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak, mendidik anak2 sekarang adalah cabaran besar buat Ibu Bapa..
    Memang kena banyak bersabar :D

    ReplyDelete
  7. kan.mmg mncabar.myb ada hikmah disebalik Allah lambatkan rezeki anak utk saya...
    entry ni buat saya bmuhasabah diri..
    tenkiu akk

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1