Sediakan makanan kegemaran anak

Nak jaga anak bukan mudah kan? Baru sorang Naim ni pun macam-macam karenahnya. Kalau di rumah, Naim ni bukan main susah nak makan nasi. Asyik-asyik nak susu je. Mulanya risau juga takut Naim tak cukup zat. Kalau disuap dengan pujukan yang pelbagai pun dia cuma akan makan sedikit je. Yang pasti akan habis ialah ayam goreng dan sayur je. Tapi mujur juga di taska Naim akan makan banyak nasi. Itu yang diberitahu oleh cikgunya. Tak pe lah kot, asalkan ada juga dia makan nasi.

Jadi, nak tak nak sekarang saya kenalah sediakan makanan lain sebagai alternatif untuk diberikan kepada Naim. Saya perhatikan Naim akan makan banyak sekiranya saya masak spagetti atau mee kuning. Tu yang selalu sangat saya masak kedua-dua makanan tu. Kadang-kadang buat sup dan paling banyak gorenglah. Mudah nak sediakan, tambahan pula Naim memang suka makan mee goreng. Tapi resepinya tentulah resepi yang sesuai untuk kanak-kanak. Paling penting kena ada masukkan lobak merah, sebab itulah sayur yang paling Naim suka makan.

Kalau air minum pula, mulanya saya memang ajar Naim minum air kosong je. Tapi sejak awal tahun aritu dia mula minta nak air teh o. Jadi, selalulah buatkan dia air teh o. Sejak dua minggu ni lak, Naim asyik nak milo. Apa lagi, saya ikutkan aje, bukan benda yang susah pun. Selain tu, buah apel kena selalu ada di dalam peti sejuk, sebab buah ni akan selalu diminta oleh Naim.

Rasanya kalau bab makanan anak ni, kita sebagai ibu tak ada alasan nak kata anak kita tak suka makan. Seharusnya kita tahu apa berat badan yang sesuai untuk usia anak kita. Asalkan kita berikan makanan sihat, insyaAllah anak kita akan membesar dengan sihat. Anak-anak yang cukup pemakanannya juga akan lebih aktif.

Comments

  1. betul tu aisy,anak akak ni mcm tu la sejak ada adik sampai skrg asyik minum susu je,dekat rumah nasi makan sikit je,hari2 fikir apa yg dia nak makan sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jd mak ni mmg risau mcm2 kan? Adam skrg bpe tahun dh?

      Delete
  2. dulu pun ketika alisha taknak sgt mkn nasi, sy pun sellau buatkan mee kuning utk alisha.. xkiralah goreng ke rebus ke..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?