Mencuba nasi beriani gam Putrajaya

Awal pagi tadi saya menghadiri suatu kursus di Kelana Jaya. Mulanya terasa jauh nak pergi ke tempat tu, tapi disebabkan kejadian semalam, suami dengan sukarela menghantarkan saya ke tempat kursus. Ape lagi, berbunga-bunga hati, sebab ada orang hantar dan jemput hari ini. Bukan selalu ada peluang macam ni.

Jadi, sebagai balasan, malam ni saya belanja makan.. Suami pilih nak makan nasi beriani. Selalunya tempat pilihan kami untuk makan nasi beriani ialah JM Bariani House. Hari ni entah macam mana kami buat keputusan untuk merasa nasi beriani Gam Putrajaya. Asyik lalu je jalan SKVE tu, tengok aje label kedai makan tu. Jadi, kali ni nak lah pulak cuba macam mana rasanya nasi beriani kat sini.

Beriani gam kambing kampung pilihan Papa Naim RM 27
Beriani gam ayam merah pilihan saya Rm 12
Sesampai kat situ tadi, keliru juga kami. Jalannya gelap dan sebelum sampai ke kedai ni terdapat banyak kereta rosak tersadai kat tepi jalan masuk. Masa tu juga tak ada pelanggan yang lain. Terus je kami pilih apa yang nak.

Komen Papa Naim tadi, nasi beriani gam ni daripada segi rasanya sedap sebab berperisa. Lauk kambing tu katanya biasa je, tak padan dengan harga tu. Tak ada lah kuah dalca yang diberikan. Kuantitinya nasinya yang banyak memang tak dapat dinafikan. Bagi saya lak, nasi dan lauk ayam merah tu ok je. Lagipun tak cuba tak tahu, kan? Lain kali dah tahu senang.

Comments

  1. emmm apa beza nasi beriani gam n nasi beriani biasa tu yer?

    ReplyDelete
  2. Kata org, beriani gam nasinya lebih berperisa...tah btl ke x.

    ReplyDelete
  3. hi...nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak...bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
    Senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
    Nanti follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete
  4. Perbezaan nasi beriani gam dgn nasi beriani biasa.

    Nasi beriani biasa, masakan nasi dan lauk dimasak asing-asing (periuk lain-lain). Juga dikenali sebagai beriani darat.

    Nasi beriani gam:
    Masak nasi 3/4 masak dlm satu periuk.
    Masak lauk dalam periuk lain. Kemudian alaskan dengan kain di atas periuk lauk. Letak nasi yang 3/4 masak tadi atas kain (nasi di atas, lauk di bawah).
    Kemudian, tutup periuk ini rapat2 dan masak dengan api perlahan. Biasanya digunakan tepung ubi sekeliling penutup periuk ini. Sbgm kita tahu, tepung ubi campur air akan jadi gam. Itulah asal Beriani Gam.
    Tujuan digamkan tudung periuk ini supaya wap lauk tak keluar dan meresap dalam nasi beriani.

    Jadi kalau ada orang jual nasi beriani gam, tengok sama ada lauk dan nasi dalam satu periuk. Kalau dalam satu periuk, memang nasi beriani gam. kalau periuk lain-lain, ia nasi beriani biasa atau beriani darat.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts