Merancang masa depan

Dua hari yang lalu, saya ada bersembang-sembang dengan biras, Kak Sal. Sekarang ni Kak Sal dah ada pendapatan tambahan, dah dua bulan mula mendapat wang daripada wang sewaan home staynya di Muar.. Saya pernah tulis entry pasal home stay ni sebelum ni. Malah malam Selasa pada pukul 10 malam ada pelanggan yang buat panggilan untuk masuk ke home stay ni, tapi disebabkan tuannya tak ada di Muar tak jadilah. Bukan rezeki, kata Kak Sal.

Kak Sal ada nasihatkan suami saya untuk mula fikirkan apa yang nak dibuat untuk tambah pendapatan. Betul juga kata Kak Sal tu. Kami pun penah bincangkan hal ni, tapi tak ada yang sesuai dengan keadaan sekarang...Tahu tanggungjawab semakin bertambah. Anak dah nak bertambah jadi dua. Selain itu untuk jangka masa panjang pun kena fikir, orang makan gaji swasta macam suami saya bukan ada pencen pun. Setakat gaji saya sebagai cikgu, saya tak tahu la cukup tak pencen yang bakal didapati untuk kehidupan kami suami isteri bila dah tak bekerja nanti. Masa hadapan tentu akan makin mencabar dengan kos hidup semakin naik. Entah macam mana ekonomi Malaysia ni 25 ke 30 tahun lagi.

Kalau perniagaan, saya berminat nak buat perniagaan yang berkaitan dengan makanan. Hehe, tu yang suka jenguk blog Citarasa Rinduan, seronok tengok Kak Ayu berniaga macam-macam makanan. Walaupun tak reti masak, saya rasa seronok bila orang makan makanan yang disediakan. Tapi suami cakap bisnes makanan penat. Elok cari bisnes yang senang. Amboi, nak senang je. Kalau fikir macam tu entah sampai  bila boleh tambah pendapatan, mana ada kerja yang mudah. Entahlah, rasanya kami ni kena ambil masa untuk fikir dulu lah. Stabilkan dulu kehidupan, bayar habis pinjaman perumahan ke. Baru fikir nak buka bisnes apa.

Comments

  1. huhu...kena fikir panjang kan?saya minat bab memasak tp hubby x bagi buka restoran sbb mertua saya pun buka restoran.sbb tu hubby kata x pyh sbb letih sgt. tp saya berangan nak buat kuih frozen.berangan je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgus juga tu cdgn LM. Mula dgn angan2 dulu, nati bt plan akan jd lah..

      Delete
  2. bagus plan nak tambah income tu..akak..xpe slow2 plan ek..ne tau daripada bisnes kecil-kecilan nanti jadi besar-besaran plak..huhu..gud luck...selamat berpose n terawih ye akak..take care..hope akak n baby sihat..;)

    ReplyDelete
  3. merancang lebih baik daripada ndak buat apa2...takut jadi kelam kabut

    ReplyDelete
  4. TF: thanks sebab doakan akak ye. harapnya semua akan selamat ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1