Akar kembang fatimah

Tak beberapa lama dulu saya dapat akar ni daripada seorang kawan, Saliha namanya. Dia pun tengah mengandung. Katanya akar ni perlu direndam dan airnya boleh dimakan untuk memudahkan proses kelahiran nanti.

Saya yang tak pernah minum air ni, dah mula rendam akar ni sejak minggu lepas. Pada pendapat saya, dah nak dekat tempoh bersalin, eloklah dimimum air ni. Jadi, sejak semalam, dah 3 kali saya minum. Tetiba biras saya yang datang semalam ada tegur, air akar ni tak elok diminum awal. Sebaiknya bila dah ada tanda kelahiran seperti keluar darah atau air ketuban baru lah diminum. Alamak, apa? Macam mana ni?

Satu lagi, saya ada terbaca yang kononnya akar ni cuma akan kembang mengikut waktu tuannya dah nak bersalin. Ye ke? Rasanya setakat yang saya dah rendam tiga kali ni, memang kembang je... ke lain macam kembangnya bila dah betul-betul tiba masa nak bersalin.. itu tak pastilah.

Macam mana ye sekarang? nak kena tunggu sakit dulu ke baru minum lagi ? ke boleh je teruskan minum air ni selang sehari macam yang saya dah amalkan sekarang?

Comments

  1. owh... saya pun ada, tapi x pernah guna. sebab, x sempat. terbersalin awal

    ReplyDelete
  2. oo sy ada gak akar ni dulu... org suh rendam.. sy buatlah walaupun secara logilnya saya pikir.. jika kita rendam sesuatu mesti kembang... cthnya perabot.. kalu kne air.. xke kayunya mengembang.. :-)

    org tu kata, akar ni akn kembang ikut kita nak bersalin.. jika makin kembang, makin dekatlah... saya xminum pun.. n saya tgk, akar yg sy rendam tu, dari awai rendam dah kembang je pun.. hihii

    ReplyDelete
  3. ina: ye la, samalah, setiap kali rendam pun kembang gak...tp sy blm lg bersalin...

    ReplyDelete
  4. Dear, bila due nya?.. Semoga dipermudahkan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 2minggu lebih je...skrg dh 37 mggu. Thanks

      Delete
  5. tgu sakit br minum.rendam tu simpan air dlm botol.nnt sakit angkut bw sekali ke hospital pun xpe.boleh sapu ubun2.

    ReplyDelete
  6. bunga fatimah nie mak sy ada beli masa kat Mekah aritu..mak cakap masa sakit nak bersalin baru minum akak..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1