Tunjukkanlah contoh yang baik

Dalam teori pendidikan pun saya pernah belajar yang anak-anak di awal usia sememangnya suka meniru apa yang dibuat oleh orang lain di persekitarannya. Apa lagi, Naim yang belum ada adik ni, asyik berlingkar bawah ketiak mama dia jelah kalau pagi-pagi. Saya perhatikan yang pemerhatian budak dua tahun ni memang bagus sekali.
Saya memasak, dia akan minta bahan-bahan yang saya gunakan. Satu kuali memang kena bagi dia guna. Kadang-kadang separuh sayur telah diambil oleh Naim untuk dimasaknya. Dia juga perhatikan saya akan tambahkan air, garam, sos atau kicap sekiranya perlu. Jadi, sekarang kalau dia cuba memasak, dia juga akan cuba ambil bahan-bahan tu untuk dimasukkan dalam kuali dia.

Kalau saya menyapu, vakum atau mop, dia pun sibuk mengekor dari belakang. Kadang-kadang terpaksa menjerit larang dia, takut licin buat dia terjatuh. Masa solat pun sama, walaupun saya selalu bentangkan satu lagi sejadah dia sebelah, dia akan solat di depan sejadah saya. Kemudian, kepalanya akan berpaling ke belakang, tengok apa yang saya buat dan tiru. Bacaan Allah Hu Akhbar tu memang tak lepas daripada mulut dia.

Terfikir saya yang kalau lah di usia perkembangan paling aktif ni kami tunjukkan contoh yang tak baik, Naim esok macam manalah? Harapnya Naim cuma contohi sikap yang baik.. Harapan kami juga Naim akan membesar jadi insan yang baik...

Comments

  1. huhu , trime kasih atas nasihat akak :D
    Budak2 ni mmg suke ikot kite . adik sy pun, tengok abg dia ke masjid baru la dia nak ikot solat sme . law abg kat asrama, mmg tak lah . haha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts