Alhamdulillah...

Alhamdulillah, hari pertama puasa tahun ni berjaya saya puasa hingga azan maghrib. Bukan bangga apa, cuma sebab biasanya mak buyung ni memang cepat lapar, tapi hari ni boleh je tahan lapar.Besarnya kuasa Allah. Kalau Allah nak buat semuanya boleh jadi. Cuma yang sedikit merisaukan tadi bayi dalam perut tak aktif seperti biasa.

Petang semalam tak masak pun. Kami mencari juadah berbuka di Bazar Ramadan Alam Megah. Tahun lepas tinggal kat sini, selalulah pergi ke bazar ni bila nak beli makanan. Mula-mula tu ok je saya jalan sambil nak tengok-tengok apa yang dijual. Masuk separuh kawasan tu dironda, mula saya rasa tak larat dan pening. Terus jalan cepat-cepat dan duduk di tepi, tempat orang tak ramai. Ai, lain kali mungkin tak nak dah pergi bazar lagi. Dengan orang ramai, tak sanggup rasanya. Orang yang sihat tak ape lah, seronok je meronda untuk tengok-tengok apa juadah yang nak dibeli.

Apapun, alhamdulillah berjaya juga bertahan dan dapat berbuka puasa pada masanya. Ni lah antara juadah santapan saya petang semalam.

Nasi kerabu ayam merah dan solok lada, tapi dalam gambar ni macam tak nampak ayamnya.
Berbuka dengan kurma dan air mango
Selain tu, ada lagi beberapa kuih yang dimakan selepas tu. Bayi pun dah aktif macam biasa selepas berbuka puasa. Lega...Harapnya hari ini pun sama ye...Saya dapat bertahan lagi sehingga masuk maghrib.



Comments

  1. Tahniah berjaya puasa.. Semoga mendapat lebih keberkatan kali ni.. Bb dlm perut Pn puasa sama

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts