Moreh kami: Kebab daging

Menu moreh malam ni sebenarnya disebabkan tak nak bazirkan roti gardenia yang dibeli Ahad lalu. Maklumlah bulan puasa ni, tak ada masa sesuai nak makan roti ni. Jadi, buat la kebab roti gaya campak apa yang ada supaya ada guna roti ni. Bulan puasa ni kan tak elok membazir?

Bahan-bahan:
Roti gardenia
daging cincang separuh paket
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar dicincang kasar
Timun
Sos tomato
Sos cili
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil (kalau nk pedas letak lebih)
Mayonis

Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga separa masak.
3. Masukkan semua sos dan lada hitam.
4. Perasakan dengan sikit garam. Masukkan bawang merah dan timun bila daging dah masak. Kacau sikit dan tutup api.
5. Bila nak makan tu, sapulah mayonis pada roti ikut kesukaan korang.

Senang je kan? Kalau ada tomato, lagi sedap kalau masukkan tomato yang dicincang halus. Makan sambil menyaksikan perlawanan bola Malaysia lawan Arsenal, sedap rasa kebab ni..

P/s : mujur dah habis makan bila dua gol Arsenal dapat...ai, sabar aje lah gol yang kedua tu...

Comments

  1. wahhh, kebab daging.. dah lama saya tak merasainya,.. petang nanti Insya Allah nak cari nya kat bazaar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap ni. Bt sdiri, letak inti daging byk2.

      Delete
  2. sedap pulak nampak.. hihii

    br perasan umah saya dah lama xda stok dagingcincang.. kene beli la nanti :-)

    ReplyDelete
  3. mengenyangkan.klu org arab ni pggl sandwich daging. kebab mereka daging kisar yg dibakar.dulu masa kat arab saya cr kebab cam ni x jmp..hihi.

    selamat berpuasa , jg diri

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts