Mencuba training pants

Bahagian belakang, lawakan?
Inilah yang namanya training pants. Baru semalam saya beli seluar ni daripada seorang kawan. Dia taklah jual sebenarnya, sebaliknya kawan ni syorkan setelah dia gunakan seluar ini untuk melatih anak lelakinya meninggalkan pampers dan pandai menguruskan diri tanpa pampers. Terima kasih Zilla ye..
set ni ada dua helai.

Seluar ni diperbuat daripada kain. Manfaat seluar dalam kain ni adalah dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Dipercayai anak-anak yang tidak biasa dengan kelembapan  dan  kebasahan akan belajar bagaimana badan mereka berfungsi. Ini juga membantu mereka belajar bagaimana untuk mengesan pundi kencing yang penuh dan memberitahu keperluan mereka kepada orang dewasa. Maklumlah selama ni asyik pakai lampin pakai  buang yang akan menyerap kebasahan.

Tapi di sebaliknya, saya kenalah bersedia fizikal dan mental untuk bersama-sama Naim dalam fasa ni. Maklum aje lah bila materialnya kain, tentulah pada peringkat awal ni akan ada kemungkinan Naim akan terkencing atau buang air besar dalam seluar ni. Jadi, saya rancang untuk mula pakaikan Naim seluar ni hujung minggu ni. Tak ape la penat sikit sekiranya Naim terkencing merata. Diharapkan Naim cepat belajar. Mengikut Zilla, anaknya pada beberapa hari pertama memang ada terkencing dalam seluar ni dan cuma bagi tahu bila dah basah. Namun selepas hari ketiga, anaknya mula meminta dibawa ke tandas bila terasa nak membuang air kecil atau besar. Mungkin anak ni merasa tidak selesa bila seluar yang dipakainya basah.

Kena cuba sedikit demi sedikitlah ye.. Saya nak cuba dulu dua hari, nak tengok macam mana reaksi Naim nati. Lagipun dah 2 tahun 4 bulan lebih usia Naim ni, rasanya dah patut benar dia diajar tak pakai lampin pakai buang lagi. Naim pun dah semakin petah bercakap, diharap takkan ada masalah untuk dia harungi fasa ni..Naim pun dah tak sabar nak pakai, hari ni berkali-kali dia minta untuk pakai seluar ni..Mungkin juga rekaannya yang ada gambar menarik tu yang buat Naim tertarik.

Comments

  1. mcm ok je.. tp anak aku br setahun, boleh ker? anak aku pun bising je mcm dah ank bercakap la die hehehhe... suka tgk die mengomel2X...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun mcm awl sgt le amy...bg la lg bpe bulan...

      Delete
  2. mcm bagus je..anak akak tu pun nak ajar tak pakai pampers gak,cakap benda lain dah pandai,tp nak buang air tanak cakap

    ReplyDelete
  3. mama aryan: blh la kita sama-sama try.. seluar ni kwn saya bli di pasar tani stadium shah alam. tempat lain sy tak tahu, kena survey la kot kalau nak.

    ReplyDelete
  4. mcm bagus je... sy ni mmg tgh plan nak ajar alisha xpakai pampers... tp nk tanya gak, seluar ni kalau buang air besar lak camne yer...

    ReplyDelete
  5. ina: mcm sy tulis dlm entry ni la, kalau kencing r buang air besar mmg kita kena ambil risiko kena bersihkan...elok pakaikan lepas dia buang air besar utk beberapa hari pertama. senang nak cuci nati.

    ReplyDelete
  6. ooo mksudnya lps buang air besar or kecil br bg pakai ek.. n selepas bbrp hari tu, dah xkisah sblm buang pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sy plan mcm tu lah nk bt hujung mggu ni. Lgpun naim jenis yaknya pagi. Kena bgtau dia beberapa kali suruh cakap dgn kita kalau terasa nk yak atau kencing... Tengok dulu mcm mana hasilnya nati..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts