Balik raya Kelantan tahun ni

Rasanya banyak pasangan suami isteri  akan berebut tentang sambutan raya pertama di rumah siapa, kan? Mungkin tak ramai yang jenis tak kisah kat mana pun beraya ari pertama. Walaupun mungkin dalam pantang, raya tahun ni mestilah seronok sebab saya akan balik beraya di Kelantan lagi. Hehe...suami saya dah berbunyi yang dia rasa lain macam sebab dua tahun berturut-turut balik raya di Kelantan. Nasib la, saya jawab. Dah kebetulan Mak dan Abah pergi umrah dan cuma akan balik pada petang raya kedua, jadi anak-anak kenalah beraya di rumah mertua kan? Sempat juga saya berseloroh dengan suami pagi semalam, " Kalau abang nak juga beraya di Tapah, abang balik ke Tapah la, ape salahnya, dua hari tunggu Mak dan Abah balik,". Tak nak dia, takut sedih beraya tak ada ahli keluarga. Tau pun....

Tapi tahun ni kena ada rancangan baik untuk perjalanan kami balik kampung. Sesiapa yang balik Kelantan tu tahulah keadaan trafiknya macam mana. Kadang-kadang sampai 12-14 jam dalam kereta baru boleh sampai. Betul ni... Lagi lak kalau tahun ni saya bersalin dalam Ramadan ni, perjalanan dengan anak kecil tentu lagi mencabar. Tau-tau aje la bayi, mesti nak kena tukar pampers berkali-kali. Naim pun bukan boleh duduk diam dalam jangka masa panjang.. Bila fikir ni takut betul saya. Jadi, saya sentiasa doakan minta saya akan bersalin awal atau pada tarikhnya.. jadi, dapatla kami balik awal sikit, sebelum orang lain mula balik. Lebih selamat begitu kan?

Biasanya kalau bertolak dari Selangor ni sekitar jam bersahur, memang cukup ramai orang di sepanjang jalan. Memang kalah orang naik basikal laju trafiknya nati.

Apapun, kenala tengok keadaan. Manalah tahu baby ni nak keluar lambat, mungkin kitaorang kena beraya di sini dulu, dan balik bila dah lepas raya untuk elakkan jam. Wallahua'alam. Kita hanya boleh merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.

Comments

  1. hehehe...apapun tahun depan baru balik tempat kamu

    ReplyDelete
  2. hehe..akak alhamdulillah tak perlu gaduh2 nak balik raya,sbb kg akak ngan en.somi sebelah2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, tak gaduh bestnya..semalam tgk citer mentua vs mentua, kawin umh sebelah je tp gaduh setiap tahun..

      Delete
  3. sy balik kg ikut turn.. hihii

    cam thn ni bera6ya dkt kg parent saya dulu... dekat cemor ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1