Hujan dan sikap manusia tak sabar

Petang tadi kawasan USJ memang hujan agak lebat. Pukul 7 malam pun dah kelihatan gelap macam 9 malam. Lagi-lagi melalui kawasan di sekitar Sekolah Wawasan, yang dalam keadaan tak seperti biasa kerana pembinaan LRT. Dalam kesesakan macam ni, ramai pengguna jalan raya yang tak mementingkan keselamatan diri, malah bersikap tak sabar. Macamlah diorang je yang nak balik rumah, macam lah juga orang lain yang mengikut peraturan dan giliran ni tak ada rumah yang nak kena balik.

Korang bolehlah bayangkan berapa ramai yang sesuka memotong giliran selagi ada peluang. Berapa ramai yang memecut laju walaupun lampu isyarat kuning dah berkelip-kelip memberikan isyarat akan berlalu. Tu tak kira lagi dengan penunggang motosikal yang sesuka hati mencelah di celah-celah kereta. Bukan perlahan diorang ni...Main pecut je, tak kira hujan ke tak.

Mungkin nasib malang bagi saya senja tadi. Kereta saya yang telah berhenti kerana lampu isyarat merah telah dilanggar oleh sebuah motosikal dari belakang. Tapi, insyaAllah sampai sekarang saya tak rasa saya yang bersalah. Sememangnya semakin sarat ni saya semakin berhati-hati memandu. Malah walaupun beberapa kali kenderaan lain memotong giliran saya, saya kurang merungut. Tak macam selalu, perasaan geram tak lagi menguasai diri.. Harapnya pemandu yang melanggar saya tadi akan insaf dan akan lebih berhati-hati lain kali. Melihat usia, rasanya dia dah ada anak yang bersekolah. Seharusnya dia lebih sayangkan insan-insan yang menunggunya di rumah. Tak sabar takkan bawa kita ke mana-mana. Kereta kemek tak ape, asalkan saya dan bayi tak ada ape - ape. Inilah lumrah, kita dah berhati-hati, orang lain lak yang tak berhati-hati.

Comments

  1. hati2lah bila memandu tu kan.. xkiralah bwk moto or kereta....

    memandulah secara berhemah.. risau kan..

    kdg2 kita dh ikut peraturan tp org lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1