Balut Jiwa : Menutup aurat

Sempena bulan puasa ni, murid-murid perempuan beragama Islam digalakkan memakai tudung dan pakai baju kurung. Bukan ape, tujuan sekolah tetapkan macam ni adalah untuk mendidik anak-anak ni lebih dekat kepada tuntutan agama. Nak paksa pun tak boleh, kan? Jadi, semasa puasa inilah secara psikologinya boleh didik diorang untuk menutup aurat. Setakat tiga hari bersekolah dalam minggu ni, sejuk hati tengok murid-murid perempuan yang Melayu memakai tudung.

Tapi ada juga yang degil, yang tetap tak nak pakai tudung atau pakai baju kurung. Bila ditanya kenapa tak pakai tudung, macam-macam alasan diorang ni. Tapi yang paling mengejutkan ialah ada seorang murid yang mengadu dia tak memakai tudung kerana TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TUDUNG OLEH AYAHNYA. Menangis-nangis murid ni bila bercerita tentang ni. Katanya dia pernah minta nak pakai tudung tapi ayahnya bertegas tak benarnya dia pakai tudung. Malah, semasa di sekolah rendah, ayahnya pernah memeriksa beg sekolah pada masa-masa tertentu untuk tengok sama ada murid ni curi-curi pakai tudung semasa di sekolah. Bila ditanya sebab, ayahnya mengatakan paling penting kena solat. Tutup aurat tapi tak solat pun tak ada maknanya..

Bagi saya, kesian dengan murid ni. Umur baru 13 tahun, tersepit dia dengan tingkah laku ayahnya. Moden sangat ke ayah murid ni? Lama sangat duduk di luar negara ke? Atau pun setakat mana kefahaman dia tentang tuntutan agama ni...tak faham betullah.. Bagi orang yang membesar di kampung macam saya ni, rasanya sebaliknya. pernah saya jumpa rakan yang tak bertudung di luar, tapi bila balik kampung semua akan kelihatan ayu dengan tudung lengkap. Semuanya gara-gara takut ayah marah. Orang bandar lain agaknya..

Comments

  1. Xpelah. Yg penting, kita doakan mereka yg spt bapanya itu terbuka hatinya utk mendidik anak dgn lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. ada jugak ayah macam tu yer.. sian dkt ank dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1