Kadang-kadang kita perlu BUAT MARAH

Siapa yang suka kena marah kan? Sebenarnya saya pun tak suka kena marah dan jarang pilih untuk marah orang lain. Selalunya bila saya marah, takkan ada suara yang keluar dari mulut saya. Malah, saya jenis orang yang akan berdiam kelu bila saya marah. Kata suami, itu lagi ngeri. Dia lebih rela saya menyalurkan marah saya dengan kata-kata. Tapi, itu sudah tabiat, payah nak tukar.

Tapi lain situasinya bila berhadapan dengan anak-anak yang ramai di sekolah tu. Sejak kelas dah bertambah ahli, daripada 31 jadi 39, yang asalnya 33 orang dah jadi 43, korang bayangkan lah macam mana situasinya. Ada 4-5 orang budak kecil yang membuat bising dalam rumah pun terasa bingit telinga, apa lagi 43 orang? Jadi, nak tak nak terpaksa saya kuatkan volume suara dan kena buat-buat marah dengan murid-murid. Saya sebenarnya ingat diorang tak takut saya sebab saya tak biasa marah, tapi rupanya berkesan.. Kelas lebih diam, tapi sikit je.Tapi sekurang-kurangnya dapat semua anak-anak ni diam semasa saya menyampaikan apa yang diajar.  Rupa-rupanya ada yang terasa perubahannya, semalam ada pelajar yang datang berjumpa saya untuk bertanya kenapa cikgu telah berubah, katanya kini saya dah jadi garang.... haha, dalam hati senang sikit... rupanya memang perlu buat marah, untuk kebaikan..

Comments

  1. hahaha .
    mcm min n the geng kat skola dulu, cekgu yg susa nak marah nii kitorang mmg ske sgt lah nak wat bising ke ape sbb tawu cekgu tu berhati lembut takkan marah punyee :P
    Tp sekali bile cekgu mengamokk . mmg satu kelas tergamam sbb xpena2 tgok cekgu tu mara smpai cemtu . haha

    Last2, tiap kali cekgu tu masok je kitorg semua pndai2 diam sbbnye cekgu yg tak byk marah ni upenye lebih menakotkan kalau mara . hoho

    #mmg perlu pun tegas ni dak2 skang tak makan saman klu kite diam je :D

    ReplyDelete
  2. hooo..ni kira budak nakal juga ni, suka buat cgu pening... sian i tau...
    tp sebenarnya akak seronok kalau budak blaja dgn muka ceria, kalau kita marah, nati semua bt muka kelat je, tak syok gak..
    tp bila dh bengang, kena gak mengamuk..

    ReplyDelete
  3. hihiii org kata, kalu org yg jenis diam tu bila marah lg teruk :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts