Boleh ke nak wariskan kepada adik?

Semalam saya meninjau-ninjau barangan permainan Naim. Barang mainan yang disimpan taklah banyak sebab kami memang tak beli banyak pun. Naim jenis mudah bosan, main sehari dua je tak nak main, jadi kami putuskan tak payah beli banyak-banyak. Sebahagian tu ada yang diberikan oleh abang ipar sebab anak-anaknya dah besar tak perlukan permainan lagi. Sejak dia makin besar ni, kami beli bila dia sendiri yang minta. Tengoklah nanti adik lak macam mana, entah cukup tak main dengan permainan yang ada ni atau memang akan ada permintaan untuk beli lagi.

Masa jenguk-jenguk ni tengoklah juga keadaan walker Naim. Kalau tengok keadaannya tak gamak nak bagi adik guna. Naim sampai sekarang masih lagi gunakah walker ni. Ikut mood dia. Kalau teringin, dia akan naik dan bergerak ke sana ke sini dengan walker tu. Tak kiralah ada orang ke tak ada orang. Walker ni kadang-kadang panjat sofa, Naim la punya angkara.
gambar lama: Naim dalam walker sekitar umur 8 bulan, masih lagi di Johor

Tengok gayanya, rasanya benda ni tak boleh dah nak bagi adik guna.. mestinya dia tak nak bagi kongsi...Tak pela, lagipun ramai yang cakap walker ni tak baik untuk perkembangan bayi, kan? Masa kecil dulu, Naim bukan nak duduk sangat pun dalam ni... Saya mula letakkan Naim dalam walker sejak usia 7 bulan, tapi dia mula panjat keluar atau merengek tak nak duduk dalamnya sejak usia 8 bulan lebih. Tu yang peliknya, bila dah besar dia kerap lak melanyak benda ni... siap hentak-hentak dan main langgar je benda-benda kat depan macam gaya naik bumper car lagi...

Comments

  1. hihiii rs nak gelak sbb sy br je pk lps ni sy akan publish entry psl alisha n walker... tiba2 kat sini pun pasal walker jugak.. heheh

    ReplyDelete
  2. anak akak..walker dia nak bg adik guna,tp dia yg guna,sdgkan dia dah bole berlari pun..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts