Penantian satu penyiksaan?

Dalam sesetengah keadaan saya memang tak suka menanti. Contohnya sekiranya ada urusan di bank, hospital atau jabatan kerajaan lain yang kena tunggu lama. Ai, naik sakit kepala rasanya. Tempat-tempat ni kan selalunya ramai orang, tak senang duduk rasanya. Nak keluar atau ke tandas pun kadang-kadang takut terlepas nombor giliran.

Sama juga kalau ada janji dengan seseorang. Selalunya saya takkan senang duduk dan selalunya akan keluar awal dari masa yang dijanjikan. Bukan apa, nak buat benda lain pun tak boleh fokus dah bila ada janji dengan orang. Tu yang nak marah bila orang yang berjanji dengan saya tu senang-senang datang lambat dan buka muka tak salah pun..

Kalau masa peperiksaan pun sama juga saya ni. Sebabkan takut nak hadapi apa soalan yang mungkin keluar nanti, selalunya masa malam peperiksaan saya memang tidur sejam dua aje dan tu pun akan terjaga setiap 15 atau 30 minit. Bayang kan, berkali-kali tengok jam sebab takut masa dah lewat untuk pergi ke dewan peperiksaan.. Tu yang semasa di universiti saya sering tertidur di meja peperiksaan, sebabkan tak cukup tidur masa malamnya dan  rasa lega bila dah jawab soalan yang diberikan. Alhamdulillah dapat lulus dengan baik juga walaupun penah malu dengan kawan lelaki di meja sebelah yang gelakkan saya masa tertidur di meja pada semester 5. Ada saya kesah? hehe, dalam hati waktu tu saya fikir orang lain belum tentu lulus cemerlang pun kalau menjawab sepenuh 3 jam tu.. Tak saya tak tahan sangat rasa mengantuk, apa nak buat, tidur aje lah.

Sekarang ni lak, ada masanya saya terasa tak sabar nak tunggu detik-detik bersalin bayi kedua ni.. Tak sabar nak lihat wajahnya, nak dukung dan paling tak sabar nak cium bayi yang baru lahir, best sangat baunya.... Ada lagi satu minggu nak sampai tarikh jangkaan bersalin...Mama tengah sabar ni tau, sayang cepat-cepatlah keluar...boleh jumpa mama, papa dan abang Naim yang comel tu..

Apapun syukur berjaya puasa 10 hari....

Comments

  1. Many thanks for writing valuable post regarding the subject. I am a fan of your site. Maintain the great work.

    ReplyDelete
  2. betul tu..sama la kita,kalu berjanji mesti nak cpt,rp bengang kalu org lain lak lambat..
    lg seminggu ye nak bersalin..wah best nih,x sabar lak akak nak tunggu baby baru..moga dipermudahkan segala urusan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...mmg rasa xsabar sgt dh..

      Delete
  3. hihii betoi2.. sy pernah alami nak g tandas tp takut terlepas no giliran.. so, tahan je la.. hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts