Muka masam....tak payah berniagalah!

Hari ni seronok sebenarnya sebab saya bekerja mula pagi, jadi dapat balik awal. Sekali sekala ada masa terluang waktu petang, mulalah panjang langkah. Tak ke mana-mana pun sebenarnya, saya cuma singgah di satu kedai hardware di Putra Height. Tapi sayangnya barang yang dicari tak ada.

Mulanya saya terfikir nak terus balik, tapi ternampak lak satu kedai menjual barangan sejuk beku. Ini kali pertama saya ke kedai ni. Ai, tau tak? Entah ape jawatan orang di kedai tadi tu, tak mesra langsung. Dah la kedai tu tak ada pelanggan lain. Dia bukan je tak senyum langsung, tengok pun tidak, buat tak tahu aje. Masa saya bayar pun tak sepatah dia cakap. Dengan muka masam dia pulangkan baki RM 34. Macam tak suka orang masuk kedai dia je.

Saya memang geram kalau membeli di kedai yang macam ni pekerjanya. Kalau dia tu bos sekali pun, tak salah nak mesra sikit, kan? Tak leburkan  lemak dia pun. Bukannya ambil masa atau kena bayar senyum kat pelanggan. Pelanggan rasa selesa, nanti akan datang  lagi, Dia juga yang untung. Sekarang, tak teringin nak datang lagi ke kedai tu...
Produk yang dibeli....karipap sardin dan popiah... sedap juga rasanya..

hangus sikit gorengnya...

Comments

  1. biase je jumpe org gituu kak .
    langsung tak nak senyum . memang tak mesra langsung ngn customer .

    ReplyDelete
  2. smlah.. sy pun xsk peniaga muka masam.. layan mcm xnk layan je..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts