Gara-gara kerabu mangga

Assalamualaikum...
Malam ni nak citer pasal buka puasa petang tadi. Tadi untuk buka puasa, salah satu menu yang dibeli ialah kerabu mangga. Nak masak sendiri, malas...

Masa makan tadi rasa biasa je. Sekitar pukul 9 tadi, suami dah komplen yang dia mula rasa gatal-gatal. Siap tunjukkan lengan yang ada kesan merah-merah gatal.  Dia syak ni kesan makan kerabu mangga tadi, dalam tu ada banyak udang kering...Masa dengar komplen dia tu, saya gelak je, sambil tu sempat lagi usik suami.. "Tu lah, dah tahu abang tu allergic, nak juga makan kerabu mangga tadi, ". Sedap je bila nak cakap tentang orang lain kan?

Jadi nak dijadikan cerita, pukul 10 malam, saya sekali lagi makan kerabu mangga yang tadi tak sempat nak habiskan. Kali ni habis semua yang tak abis tadi saya ngap licin. Tu dia, puas hati dapat makan kerabu mangga. Tapi, kesannnya............dalam pukul 10.15 tadi dah mula rasa gatal-gatal juga. Ni yang dikatakan tak sedar diri, diri sendiri pun spesis kulit lokek( istilah orang Kelantan untuk kulit sensitif), tapi makan sesuka hati... ambik lah. Walaupun taklah banyak sangat kesan gatal ni, tapi ada juga lah kesannya dan kena menggaru.

Ai, lain kali elok buat sendiri, tak payah letak udang kering pun tak ape kan? Pengajarannya, jangan mengata orang dan ingat kelemahan diri sendiri bila nak berkata sesuatu.... renung-renungkan, selamat beramal.

Comments

  1. Sy tak pnh mkn kerabu mangga ltk udang kering. Mst sedap tu kan?

    Suami isteri kulit sensitif? Hati2 ya...

    =D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1