Dari mana datangnya tenaga itu?

Semalam saya melalui hari yang paling memenatkan rasanya... Sepanjang 8 bulan mengandung ni saya tak pernah lagi ambil MC, agak bangga jugalah. Walaupun penat atau terasa tak larat saya akan gagahkan diri untuk bertahan di sekolah. Tapi semalam, sejak waktu rehat (3.30 petang), saya memang terasa nak merangkak semata-mata jalan ke kelas. Terlalu letih rasanya. Memang terasa nak baring je. Malah semasa berjalan ke kelas, saya terasa seperti langkah kaki ini hampir tak bergerak, murid-murid yang berlalu macam terlalu laju, saya je yang macam ditinggalkan dalam suasana sesak tu...macam tersekat di mesin masa lak, hehe, lebih-lebih lak gambarkan suasana ni...Tapi, alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya bertahan hingga pukul 6.50 petang dan balik ke rumah dengan selamatnya.

Tapi tentulah balik tu dengan perasaan tak larat, yang benar-benar tak larat. Sebelum balik, saya dah menghantarkan SMS kepada suami, bagi tahu keadaan super tak larat tu. Siap tambah ayat " ayang tak larat betul, nanti memang tak nak buat ape-ape, tv pun tak nak tengok, nak tido je". Entah suami menyampah ke memang dia ok je, dia cuma  reply SMS tu " ok, yang".

Tapi, bila tiba kat umah, super kuasa mana yang datang...Melihat Naim bersorak menyambut kepulangan saya, segala letih sedikit sedikit menghilang.. Air mukanya yang cukup gembira bila saya balik, cukup menggembirakan saya. Berkali-kali dia menyebutkan, "Papa, Mama dah balik". Oh, anakku sayang... Tatapan dan air mukanya yang penuh kegembiraan tu.... tak terbayar rasanya.. ditariknya tangan saya nak bersalam seperti biasa bila saya sampai ke rumah. walaupun ada suami, tak ada dia nak tunjukkan wajah macam tu.. hanya Naim je. . ini lah yang dikatakan orang, hilang letih bila lihat wajah anak kita. Wajah tulus, mulus yang tak banyak dosa...

Akhirnya , kami makan stimboat kat luar, dan selepas tu saya melayan Naim, tak jadi tidur awal. Tidur semalam pukul 11.45 malam...
P/S : Tak faham orang yang dera anak......

Comments

  1. org dera anak tu sakit mental...tgk anak pun dah rasa terhibur.hilang letih

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan steamboat!! mmg best kan... :)

    org dera anak tu tak siuman.. penat2 lahirkan anak, pastu dera... mcm cipan perangai

    p/s: akak, jom tinggalkan link di chatbox deno :)

    ReplyDelete
  3. bila tengok anak je semua jadi lega kan :D
    Org yg dera tu mgkin meroyan agaknye . huhu

    ReplyDelete
  4. ank mmg pemberi semangat dkt kita kan :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts