Mari beramal dengan doa Nabi Yunus


Hari ni saya terbangun awal. Seawal jam 5 pagi, mata ni dah tak boleh nak pejam lagi. Minda terus terfikir apa yang Allah nak tunjukkan daripada insiden semalam. Apa lah salah saya? Ataupun apa peringatan yang Allah nak berikan. Setengah jam berfikir di dalam bilik, saya bangun dan mula melakukan aktiviti kemas rumah. Rasanya dah cukup kerisauan dari semalam. Biarlah Allah yang Maha Tahu menentukan. Saya terimalah apa yang telah terjadi dan apa jua yang bakal terjadi.

Hati juga terlintas kepada amalan doa Nabi Yunus. Banyak fadhilatnya, memang tahu. Tapi, jarang nak amalkan. Betapa saya ni insan yang pelupa. Semakin dewasa, semakin banyak amalan yang diabaikan, betapa alpanya.. Semalam juga saya dapat tahu yang doa ni juga kalau diamalkan sepanjang kehamilan akan memudahkan proses kelahiran... InsyaAllah, bermula hari ini, saya akan amalkan lebih kerap. Bukan sekadar bila ada masalah je..Semoga Allah permudahkan segala urusan dan menghindarkan daripada sebarang masalah.

Comments

  1. a'aa ketika mengandung ni mmg byk doa yg elok diamalkan kan... temasuk lah doa nabi yunus yg awk ckp tu :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts