Lain orang lain alahan

Bercakap tentang pengalaman mengandung ni tentu ramai yang nak kongsikan pengalaman masing-masing kan? Macam-macam pengalaman dan alahan pun tentu macam-macam..

Selain kerap penat sejak mengandung ni, saya sebenarnya taklah banyak alahan yang pelik-pelik. Cuma ada sedikit muntah-muntah pada awal-awal dulu. Tapi, antara yang lain daripada lain ialah sejak menempuhi masa-masa mengandung kali kedua ni, saya memang tak gemar memakai mekap. Pada hal sebelum ni bukanlah saya pakai banyak mekap pun.. Kalau setakat nak pergi ke sekolah saya cuma akan pakai pelembab dan akan tepek bedak. Kemudian calit sikit lipstik yang warna tak terang. Kira adalah juga pakai sedikit sebanyak tak nak bagi murid tengok cikgu muka macam tak siap aje, kan?Tapi, sejak mengandung ni, lipstik dan bedak saya memang dah tak pakai. Malah, Naim dah rosakkan bedak dan lipstik saya, jadi sekarang tak kisah tak ada bedak dan lipstik langsung dalam beg tangan. Terasa tak mau pun nak pakai semua benda tu.

Beberapa minggu lepas, Naim terjumpa lak eyeshadow yang saya sorokkan. Relax je tengok Naim main dan rosakkan benda tu. Dalam hati terfikir, agaknya kalau hari biasa, mau mengamuk mama dia ni. Tapi aritu biarkan aje..

Tengoklah, kot-kot lepas bersalin nati, ada mood nak tukar semula, kena beli semula la benda-benda ni..

Comments

  1. sy ms prgnant alisha ada gak tingin nak mekap tp kali ni.. adehhh.. mls sungguh.. sekadar pakai lipgloss je.. tu pun nurse asyik tegur muka pucat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ni sama ni...org kata lain2 pglaman anak jantina lain. Sy scan boy jg.tahla

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1