Menu petang@Alamanda: Popiah

Ni citer semalam. Setelah beberapa hari suami janjikan bawa ke Alamanda untuk si isterinya ni makan popiah, akhirnya semalam jadi lah  ke sana. Memang pergi semata-mata nak makan popiah crispy dan waffle je...Jadi terus tuju ke Rasa Foodcourt je...Minum petang katakan..

Bila dah sampai sana, tambah lagi satu menu lain. Selain crispy popiah yang sedap tu , saya makan sehingga licin tu, waffle suami yang  makan, ais krim kat atas waffle tu naim yang habiskan , tambah satu mangkuk laksa penang yang kami kongsi sama-sama.. Sedap sangat agaknya semua ni, ape taknya licin....abis..
buruk perangai tunjuk pinggan kosong yek!1
Sebelum balik, saya beli air mango Coolblog.. Tau tak ni kali pertama saya minum air ni...Nak order pun kena mitak tolong dengan adik yang jual tu...Jangan gelak tau. Bukan ape, sebelum ni, tak pernah teringin nak beli walaupun selalu jumpa stall Coolblog ni.. Sedap rupanya, air amngo ditambah dengan topping jelly.. Ni pun licin diminum tiga beranak.

Naim yang paling seronok minum air mango ni...

Sekali lagi terima kasih kepada suami tersayang sebab sanggup melayan karenah isterimu ni.. Minggu lepas je dua kali makan malam kami di kedai mamak sebab saya nak makan capati dan roti nan ayam tandoori.. tak pe abang, tak lama dah nak melayan tahap mengada-ngada isterimu ni... hehe, lepas bersalin nati , mengada-ngada lain lak ye...

Comments

  1. alahaii, comelnye naimm ! hehe
    untung sis dpt hubby yg memahami ! hoho :P

    ReplyDelete
  2. Naim Si Comel yg Nakal....kalau bg min jaga mestinya tak sanggup lama...
    hubby tu, kena mitak berkali-kali baru dia memahami...huhu.. kalau tak bolayan gak..

    ReplyDelete
  3. hihii... biaslahkan.. time prgnant ni mcm2 rasa nak mkn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu.. Lgpun bkn selalu kn blh mgada2 mcm ni.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts