Erti Ramadhan dan raya tahun ni

Semua orang tak sabar nak menyambut Ramadhan. Bukan lama pun lagi kan? Terfikirlah pulak macam mana sambutan ramadan kali ni. Dengan jangkaan bersalin yang makin tak lama lagi, susah hati juga kot kot kena ganti puasa banyak hari nanti. Tapi ape pun yang penting semuanya selamat kan? Sebelum mak mertua berlepas ke Madinah tadi pun saya ada minta dia doakan di depan Kaabah semoga saya bersalin dengan selamat dan tiada masalah kali ni..

Sepatutnya kali ni saya seronoklah sebab dapat  beraya di Kelantan dua tahun berturut-turut.. Kalau ikut giliran kena beraya di Perak, tapi sebab mak mertua dan abah akan balik pada petang raya kedua, kami beraya di Kelantan lagi. Tapi kalau dalam pantang, tak adalah beraya pun. Nak makan makanan raya mestilah tak dapat.. bab pakai baju baru pun tak payah juga, orang dalam pantang tak payah nak melaram sangat, pakai baju t-shirt pun tak pe...Redha je la kan? Bukannya budak-budak lagi nak beraya sakan macam dulu. Dah jadi mak orang ni, saya lebih menghargai masa bersama ahli keluarga pada hari perayaan macam ni. Maklumlah bila sudah berkeluarga, masing-masing selalu sibuk. Hari perayaan macam ni lah kita yang jauh dan sibuk dapat berjumpa dan bertukar-tukar cerita. Terasa erat hubungan dan cukup bermakna hari raya yang dilalui.

p/s : orang dalam pantang dapat excuse tak bagi duit raya kan? haha. jimat duit akak.... jangan mitak duit raya daripada orang dalam pantang ni ye.....kalau nak bagi baby baru duit raya tu, bagi lah  banyak-banyak tak ape..

Comments

  1. ooo.. moga semua selamatlah yer... :)

    ReplyDelete
  2. masa alisha dulu.. org beraya mkn lemang beriya bagai.. sy jugak yg berpantang.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya penah bc ina tulis pasal ni dlm blog..sy pun bakal rasa lah thun ni..tmbh pglaman kn?

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts