Penyokong nombor satu 1 Malaysia, korang tahu?

Asyik-asyik tv pasang iklan 1 Malaysia je. kat tepi jalan pun penuh papan iklan tentang 1 Malaysia. Tapi korang tahu tak siapa penyokong nombor satu untuk 1 Malaysia ni? ha, cepat teka, kalau betul korang memang pandai..

Siapa tekaan korang? Muhyiddin Yassin? Salah. Teka lagi? Siapa? Samy Vellu? pun salah lagi. Bagi lagi satu peluang. Tak dapat ye? Hahaha... Nak tahu jawapannya? Siapa lagi kalau bukan Ahmad Naim, anak kesayangan saya. Nak buktinya? Pertama, kalau buka je mana-mana laptop, mesti dia akan minta lagu 1 Malaysia di You Tube. Di dalam telefon bimbit papanya lagilah, ada sampai 15 video lagu 1 Malaysia pelbagai versi. Apa sahaja yang dia buat, mesti akhirnya dia nak tengok video 1 Malaysia ni.

Semalam semasa saya buat pemeriksaan diri di hospital, mujur juga ada video-video ni. Walaupun ada tempat untuk kanak-kanak bermain, namun Naim asyik ulang-alik untuk tengok video ni. Walaupun di tempat orang ramai, tak segan dia nak nyanyikan lagu ni. Sempatlah dia bertahan selama empat jam di hospital tu. Tapi bateri telefon papa dan mamanya memang asyik cepat habislah. Setiap hari dia asyik je yang asyik guna dan yang kagumnya, kebanyakkan video ni Naim yang muat turun sendiri. Kami tengok-tengok je dah ada banyak video ni. Tahu dia gunakan YouTube Downloader.

Ni belum lagi obsesnya pada bendera Malaysia. Kalau ternampak je kat mana-mana dari jauh lagi dia akan jerit maklumkan pada mama dan papanya tentang 1 Malaysia. Kalau tengok iklan di tv pun sama...Berkali-kali tersenyum menontonnya sambil menyanyikan lagu 1 Malaysia dalam versi sendiri. Naim ooo Naim, macam-macam ragam kamu ni..

Comments

  1. hahhaha.. sama cam alisha... kat tv tu, kalu kuar je lagu 1 mlys.. siap berjoget... tak menahan.. ahhahhahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts