Posts

Showing posts from October, 2011

terasa saya tau...

Urusan pindah rumah ni belum selesai lagi lah.. di rumah baru pak astro dan abg unify belum ada....tu yang buat haru biru. Kalau di situasi sekarang, xada astro tak pe lagi.....tak ada unify, uwaaaa, tak leh nak update blog dan tak juga leh tgk update blog kawan-kawan selalu...

Ikut kata diorang, akan dapat pindah astro esok....tapi unify tak pasti lagi, mungkin minggu depan...ape, minggu depan? adoi....

tak pe, tak pe, minggu depan la, blog aisy-nasiha ni akan macam biasa ye...update blog kwn-kwn juga sy akan tgk smula nanti ye..

berkongsi pendapat

Terbaca kata-kata ni di wall seorang artis....kongsi sama-sama dan pikir-pikirkan:Sangat tidak adil kita membandingkan orang kerana manusia itu keperluan, keadaan dan situasi mereka berbeza - memang lebih mudah mengkiritk seseorang tanpa memahami apa sebenarnya yang dialaminya- yang lebih penting adalah orang yang berada dilapangan tersebut yang sedang bertungkus lumus melakukan apa yang dia mampu. Cuma kurang gemar apabila orang membandingkan saya dengan orang lain. Pendapat anda betul bagi anda, terima kasih saya ucapkan namun cuba juga fahami, ada perkara yang anda mungkin tidak tahu dan faham mengenai saya. Manusia itu berbeza dan saya percaya Allah meletakkan saya di tempat yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini dengan sebabnya musababnya yang tersendiri.sumber: Wardina Saffiya Official Page

Kalau korang tak baca blog ni sekarang, menyesal nanti....

Image
 Final Piala Malaysia ni, semasa menonton tv tadi, saja-saja cakap dengan Papa Naim.
Mama: Kalau besar nanti Naim jadi pemain bola sepak, best jugak..
Papa :  Mama kamu ni tak abis-abis dengan cita-cita dia. Kot-kot Naim nak jadi pakar IT
           ke, sape tahu?
Mama: Naim kan lincah, sesuai la jadi pemain bola sepak, nati glamor macam Saufi atau
            Apek ke? Kalau dah glamor nanti, mesti blog mama yang banyak cerita pasal Naim ni 
            pun famous jugak.. sebabnya orang nak tahu kisah Naim masa kecil..

Pendekkan cerita, tak logik tul cita-cita aku nak femeskan blog dengan suruh anak jadi pemain bola sepak... Kot ye pun Naim jadi pemain bola sepak, tapi, bila tahun tu? takkan nak tunggu 20 tahun lagi baru blog ni dikenali orang .....hahaha..

Agk-agak muka cam ni, besar nanti jadi ape ye?

# Moralnya: jgn berangan mat jenin, nanti pening... syukur lah dengan apa yang ada...

Geram tukar simpati

Hai, bersiaran masih lagi dari rumah lama..InsyaAllah esok akan hangkut barang-barang masuk rumah baru... tadi, cuma sempat bersihkan bahagian atas dan cat je..tu pun dah penat terasa.. balik awal sikit daripada suami tadi pun, bukan sempat rehat.. Sambung lak kemaskan barang-barang masuk kotak lak...

Eh, citer lain lak..citer geram sepatutnya.. Tadi, bila sampai di rumah baru, tengok-tengok air di singki dapur tak ada.. Pelik lah jugak..Rupanya tak bukak paip utama yang berdekatan. Bila bukak, tau ape jadi?

Air melimpah-limpah keluar dari dinding berdekatan paip utama...Naik angin la, ape lagi? Duit bagi dah, keje orang renovate ni tak elok lak.....Geram tul... Bila diorang datang, bawa khabar sedih lak.. Rupanya projek diorang di Klang, pagi tadi dlm kul 8 ada kes kematian... Pekerja diorang meninggal semasa angkat tong oksigen seberat 50kg, benda tu terjatuh atas tulang belakang dia, terus meninggal di tempat kejadian...Innalillah...

dengar citer tu, terus tak buat muka lagi...Buat la…

Kalaulah semudah ini

Image
Mata macam tak mengantuk lagi sebenarnya...Tapi kena tidur awal mlm ni sebabnya esok famili kami ada misi besar..Esok dan lusa sebenarnya misi ni berlangsung...

                                   Nak PINDAH RUMAH

kalaulah pindah tu semudah macam ni kan bagus?????

 tak mungkin dapat pindah rumah macam ni.... walaupun kalau tengok istilah pindah rumah dengan gambar ni, macam padan je kan? pindah macam ni, tak payah kemas byk.
ni tak, kenalah mengemas di rumah sini, dh sampai sana kena kemas lagi sekali.....huhu, tugas berat ni....dah la memang aku jenis tak suka kerja mengemas ni...daripada kemas, baik masak( walaupun taklah pandai sangat masak). Sebabnya, mengemas ni macam rasa meletihkan dan tak berbaloi sebab akan selerak balik, kalau masak lak seronok dapat buat orang kenyang dengan makanan kita. Apapun, untuk kali ni kenalah kemas juga..

Takkan pompuan je boleh suka warna pink?

Image
Salah ke kalau lelaki suka warna pink? Kalau lelaki beli, pakai atau tayang barang-barang berwarna pink bermakna dia jiwa lembut ke? Mana ada lah, tak jugak..Dah dia minat warna macam tu, kenalah hormati minat dia kan? Minat tu kan hak peribadi semua orang..
Biarla dia nak pakai t-shirt warna pink masa keluar dating ke, dia nak drive kete warna pink ke, atau kalau dia pandu motorsikal warna pink ape yang peliknya?


Tengok tu, sempat lagi sikat rambut masa tengah parking motor, macam orang nak gi jumpa awek je ni...tapi sayang ooi, sikat tu terbalik tu!!!!!!!!!! 

Amalan menghalau makhluk halus

Assalamualaikum...Pagi-pagi ni saya nak berkongsi amalan yang boleh menghalau makluk halus, jin atau syaitan yang menumpang sesuatu tempat. Bacaan ni sesuai diamalkan bagi orang yang ingin masuk ke rumah baru atau pejabat baru.. Macam kami, yang diambang nak masuk ke rumah baru ni, memang buat ni untuk memastikan rumah kami selamat.

Amalan ni mudah je...Seelok eloknya dilakukan sebelum anda berpindah masuk.perlu dilakukan 3 hari berturut-turut, seelok-eloknya bermula pada hari Selasa, malam Rabu.Pada malam pertama dan kedua, amalannya ialah melaungkan azan di semua bilik yang ada.Selain itu, bacakanlah Surah Al-Jin sekali.Bacaan ini seelok-eloknya dilakukan pada selepas waktu maghrib.Sertakan lah niat untuk menghindarkan diri dan kediaman daripada benda yang tak baik dan mengganggu.Kemudian pada malam ketiga dan terakhir ni, anda juga perlu melakukan bacaan yang sama..cuma, pada malam terakhir ini, anda perlu menambah bacaan surah Yassin sekali.Dan perlu bermalam di tempat tersebut.baw…

kena tegur je, ingat kena marah

Image
Memberi teguran tu salah ke? Bukankan memberi teguran tu orang tua-tua kata perlu, sebagai ingatan sesama kita , kan? Tapi ada orang payah tul nak terima teguran ni..siap melenting lagi kata kena marah....mak oi, kena tegur aje tau...bukan marah...kena bezakan. Menegur ni sebab saya ni sayang awak..kalau tak, lantaklah ape nak jadi..

Kalu tegur budak kecik macam Naim, dia akan mengamuk sebab dia tak faham lagi...tapi, kalau orang dewasa kenalah faham situasi, jgn nak melenting terus...jgn macam Naim..

sama juga kalau kat sekolah...Cikgu ni menegur, korang buat muka poya je...otak pikir lain, ada yang pikir lain, buat-buat macam tak dengar ap cikgu tengah tegur.. Jadi, ape kesannya? Tengok kertas peperiksaan kamu ni, ada yang tahap teruk benar... Geram tengok. Kalau kamu dengar masa cikgu cakap, takkan jadi macam ni..

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Image
Hai, sekali lagi saya menyertai segmen oleh Cik Lyssa..penyertaan kali ini diharapnya akan lebih menarik ramai pembaca ke blog ini.. jom kenali

1. Cerita Mengenai Latar Belakang Diri
Cakap pasal latar belakang ye...saya ni seorang guru yang bertugas di kawasan Subang Jaya..masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini memandangkan baru je pindah setahun yang lalu. Anak baru seorang, yang sedang nakal dan mula menunjukkan kemahirannya untuk membesar.

2. Kenapa Korang Buat Blog
Menulis di blog ini, mula-mulanya sebagai cara nak hilangkan stress sebab rasa terlalu mencabar jadi guru di kawasan bandar berbanding di sekolah lama dulu..Setelah 2 bulan lebih, mula jatuh cinta dan terasa blogging satu cara yang baik untuk menambahkan kenalan dan pengetahuan kita.

3. Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog
sebenarnya tak ada sesiapa...minat ni datang sendiri bila selalu tengok blog masakan untuk mencari resepi...jadi, mungkin secara tak langsung yang mencet…

design blog mencerminkan personaliti?

pernah tak anda terfikir tentang personaliti penulis blog yang anda baca setiap hari? tak ade masa pun nak amik tahu hal tak penting bagi anda ni? yeke? oo, mungkin betul jugak tu...buat ape nak tahu tentang personaliti dia, yang penting blognya menarik dan berinformasi kan? ada X faktor cukup lah...

yang merepek seawal subuh ni bukan ape....tadi adalah aku try nak ubah design blog ni. terasa blog ni tak menarik design dia. lagipun dah lama, asyik macam ni je paternnya... tapi baru je buat sikit, dah hang, berapa kali buka tutup IE pun tak mau jugak....last-last tak le tukar...tak profesional dan tambahan pula tak ada banyak masa nak buat.. kerja lain banyak lagi.

jeles tengok blog yang susunannya simple tapi menarik. Pernah terfikir juga, blog yang macam ni mungkin penulisnya seorang yang kemas dan ceria..betul ke tak? haha, tgk blog anda dan boleh buat penilaian sendiri ye...

# sape nak tolong ubah blog saya ni????

kreatif + tradisional

Image
Tengah-tengah menanda kertas soalan ni, rajin2 klik video untuk mendengar lagu2 sambil buat kerja....lalu terjumpa video muzik ni...unik dan kreatif la, irama dikir barat moden....

dugaan tu buat kita berfikir

Assalamualaikum....
Terpanggil di awal pagi ni nak menulis tentang kisah dugaan. Saya menulis ni berdasarkan pengalaman harian. Kalau anda merasakan hidup anda ada banyak cabaran, jangan cepat bersedih. Jangan jugak mengeluh. Mengeluh bukan dapat menyelesaikan apa jua masalah kita.

Saya juga sering kali dilanda masalah. Banyak perkara yang bila difikirkan, amat menyerabutkan fikiran. Kadang-kadang sehingga menangis di sejadah, memohon ketenangan hati daripada Illahi. Memanglah jahil hambaMu ini Ya Allah, ketika dilanda masalah aku bersujud memohon pertolonganMu. Tapi, aku juga bersyukur, aku diberikan hidayahMu, aku mengingatiMu dengan caraku..

Seperti saya, marilah kita berfikiran positif..Jangan panjangkan sesuatu yang tak menggembirakan kita..Banyak lagi hal lain yang menceriakan serta boleh mengalih perhatian kita.. Hargailah orang di sekeliling anda...jangan lupa berdoa selalu...

belajar bukan hanya daripada buku

Image
Nak belajar sesuatu sebenarnya tak susah. Banyak sumber di sekitar kita seharian yang membantu kita mempelajari sesuatu. Tak semestinya kita kena masuk ke universiti semula untuk menambah ilmu. Tak juga wajib kita beli buku-buku yang tebal dan mahal untuk belajar. Semuanya bergantung kepada hati kita nak belajar atau tidak...tak percaya?

1. Banyak perkara harian dapat kita belajar secara pemerhatian
yang ni contohnya kita tengok mak kita masak, kita akan tahu macam mana cara nak masak. Kalau tak tahu kena tanya.. mintak diberikan tunjuk ajar. Belajar daripada orang ni tak semestinya daripada orang tertentu sahaja, dengan orang yang kita terjumpa di tepi jalan pun kadang-kadang ada pengajaran yang dapat kita pelajari daripada dia. pembelajaran secara tak langsung ni tidak terhad, walaupun dengan budak sekecil Naim pun ada juga yang boleh dipelajari..

2. belajar daripada kesilapan
Sekiranya ditimpa masalah, kita janganlah mudah berputus asa..Malah, seharusnya kita belajar daripada kesilapa…

Hilangkan tensen tanda kertas exam dengan......

Image
haha...tajuk entry kat atas tu tak lengkap kan? saja nak bagi suspens sikit...penat tak lah penat sangat sebenarnya untuk  guna tenaga tangan, mata dan otak demi tanda kertas peperiksaan anak-anak murid.. tapi tensen nak abiskan walaupun satu kelas.... kena hati-hati tanda, kalau tak nanti banyak juga komplen menyusul... jumlah semua kena tanda lak dalam 113 helai kertas 1 dan 113 helai kertas 2....kertas bm ni!!!

jadi, nak release tensen, main la dengan Ahmad Naim sekejab. tadi papa yang jaga dia, mama buat kerja.. tapi ape jadi? abis alat tulis mama jadi mangsa...tengoklah ape dia buat...
naim menyelongkar dan melarikan 9 batang pen merah mama... macam mana?

Jadi, bawak dia keluar, bagi papa jaga lagi sekali... Mama hilangkan tensen dengan update blog...huhu...papa dan naim ingat mama buat kerja ye...shushh..rahsia tau.

tip bertengkar secara positif

Dipetik dari: http://sillaturahim.wordpress.com/category/kisah-teladan/

1. Jangan terlampau banyak bercakap –
 Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
– Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu men…

Nasi lemak & jom kerah tenaga

Image
Hari ini, kami satu keluarga bangun awl dan terus pergi sarapan di kedai nasi lemak.. sarapan berat sikit sebab nanti ada misi penting...

Misi sekarang nak pergi mengemaskan, mencuci, mengemop dan mengelap ape yang patut di rumah baru...tak sabar dah nak pindah....so, update nanti ye...nak melaksanakan misi penting dulu... siapa nak tolong meh le...nanti dapat belanja makan... jangan lupa bawa baldi sendiri...cepat sikit nanti kerja siap...

budaya tolong kena bermula dari rumah

Image
Tertarik dengan perbualan Dato Dr Fadhilah Kamsah dalam MHI, Tv3, aku tulis ni...bagi yang tak tengok, aku citerkan serba sedikit tentang segmen bersama Dato arini.. hehe, mcm le aku tgk penuh, ni pun sempat tengok bahagian yang nak abis dah pun..anyway, ape yang baik kita kena kongsikan, betulll tak? so, meh kita sama-sama baca ye...
Dato ditanya pendapat berkenaan kes budak yang dilanggar di China beberapa ari lalu..
menurut Dato, kalau Malaysia nak menggelakkan masyarakat kita berkelakuan macam tu,
budaya tolong kena bermula dari rumah.

Dato merujuk maksud tolong ni kepada tolong dalam amalan dalam rumah tangga, seperti suami tolong isteri buat kerja rumah, didik anak tolong kerja-kerja rumah tanpa perlu memarahi, tanpa perlu mengeluh, tanpa meminta balasan.. Memang tak dinafikan ada ramai antara suami ni yang tak ringan tulang nak tolong isteri, dengan alasan penat dan nak rehat.. ada juga yang tak merasa bertanggungjawab nak tolong kerana menganggap tu adalah kerja isteri semata- ma…

Mitak petua jaga badan

" Ee, macam mana jaga badan ni?"

"awak memang dari anak dara kurus macam ni ker? Badan tak nak naik ek?"

"Patutla badan dia tak naik, makan tak banyak."

Ha, tu la antara ayat-ayat yang biasa orang tanya pada mama sejak ada Naim ni..dalam hati sebenarnya syok bila ada orang tanya macam tu...Nak kata badan slim benar tak la, tapi memang tak naik sangat..semasa sebelum kahwin berat dalam 43-45kg.. sekarang lepas ada anak sorang ni pun dalam 44-45kg...petua ? tak la ada mengamalkan banyak petua pun..Alhamdulillah yang pertamanya mungkin sebab dah badan macam gini..badan ni tak mudah naik kalau dalam keadaan tertekan selalu... kalau happy tanpa stress mungkin mudah naik.. ape stress korang tanya? banyak tau stressnya, terutamanya melibatkan stress kerja...pgalaman kerja di kawasan usj ni sebenarnya lebih mencabar berbanding di johor.. memang mama akui sesangat..

Selain itu, ni ha, ada lak budak comel yang aktif ni, macam jadi mesin Ogawa mama dia...ape taknya, Nai…

belajar last minutes..

Lega arini dah berakhir...esok budak-budak akan mula peperiksaan akhir tahun. Minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir tahun ni sememangnya detik yang mencemaskan para guru. Ape tidaknya, kerja-kerja pentadbiran berlambak-lambak yang kena disiapkan sebelum murid-murid bercuti. Cikgu tengah sibuk ni, murid-murid pun ape lagi, tumpang sibuk jugak lah..

Tumpang sibuk di sekolah menengah ni macam ni tau..Diorang ni sibuk mengekor, mengikut dan macam-macam yang seumpama maksudnya dengan cikgu diorang...mengikut ni dengan tujuan nak tanya ape yang nak masuk dalam peperiksaan nati. Pastu ada gak yang baru nak terhegeh-hegeh nak tanya smula tajuk-tajuk yang cikgu pernah ajar.. Ada sesetengah tu, macam sepanjang tahun tak pernah belajar ape-ape, semua nak ditanyanya...geram betulllll la...abis, selama ni, cikgu tak mengajar korang ker?? tidur ke masa cikgu mengajar?

Yang cikgu jerit-jerit kat kelas perabis air liur tu ape?...fotocopy pelbagai bahan lagi, buku kerja yang dah lunyai tu seb…

TV tak sesuai untuk budak

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.
Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, tele…

kalau anak lambat bercakap

beberapa ari ni suka sangat Naim membebel entah ape-ape yang kurang difahami...jadi tertanya lah, bila lah agaknya Naim akan bercakap betul-betul. sekarang dah nak masuk 19bulan..umur berapa bulan ye yang sepatutnya anak kita mula bercakap..jadi, saja cari info tentang perkembangan kanak-kanak...jom kita sama-sama tengok...

Cepat atau lambat bergantung pada anakCepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancar berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaikn…

Melayu cakap macam cina

Korang pernah tak terdengar perbualan antara orang kaum Melayu dan Cina..ataupun korang sendiri adakah pernah bersembang macam ni?

C: ooo... kabinet ini, saya try siap siap cepat untuk awak.
M: Tauke, mesti boleh janji maa, wa selalu datang ini kedai maa...

ha, perasan tak? tu contoh senang je..Yang Cina tu dah try cakap dengan ayat Bm yang betul, tapi yang Melayu pulak cakap lintang pukang...kalau korang perasan, kadang-kadang dalam situasi macam ni, walaupun orang Cina tu dah gunakan ayat yang betul, orang Melayu ni tetap cakap lintang pukang, mungkin nak tunjuk mesra ataupun ape-ape lah..macam mana nak memartabatkan BM kalau cam gini? kita sendiri tak didik orang lain penggunaan bahasa yang betul, sedangkan bukankah kalau kita nak mendidik orang lain, diri kita sendiri dahulu yang kena amalkan perkara tersebut??

Cakap pasal isu ni, aku kena mengaku yang 3 tahun di Johor dulu pun aku selalu cakap pelat cina dengan anak-anak murid cina...sekolah sana memang budak majoriti cina, sampaikan…

Pergi Genting dah tak seronok

Image
Dapat rasa banyak bezanya pergi ke Genting masa bujang, masa dah kahwin dan masa ada anak.


Aik, sempat pergi ke Genting walaupun tengah kalut nak menyiapkan rumah baru?
Tulah pasal, tak ada pasal-pasal terpergi lak ke Genting arini..ni sebabnya ikut aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh bos Papa Naim..
 Daripada 5 bintang, mama bagi 4 bintang untuk kebosanan dan letih....eeee jahatnya mama Naim ni...bukan ape tau, sian i.....ikut aktiviti company orang kan namanya, jadi orang yang tak terlibat macam mama ni tak la buat ape...ada lak anak kecik yang belum pandai main lagi..terasa macam pergi sana sebagai bibik yang mengejar Naim ke sana sini je.cuaca lak sekejab panas dan sekejab baik lak, Naim bukan kira ape, nak lari je kerja dia walaupun tengah hujan..letih tul rasa...

tapi tak ape la, sebagai ibu kena la redha kan?bukan mudah nak jaga anak.. seawl kul 9.30 pagi tadi kami dah ada di depan pintu outdoor theme park... datang sini, walaupun memenatkan mama, merugikan mama yang ada be…

Pemandu wanita....tips elakkan bahaya

Wanita ni sering terdedah dengan pelbagai masalah dan bahaya..Malah dalam kereta yang berhenti kerana lampu trafik merah juga boleh mengundang bahaya kepada wanita dan harta benda kita..Kalau tak percaya, sila rujuk akhbar kebelakangan ini..Di kawasan lembah Klang ni ada 3 kes terbaru tentang kereta yang dipandu oleh pemandu wanita yang pada masa tersebut sedang berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah, telah dipecahkan cerminnya kerana penjenayah yang berkenaan berkenan dengan beg tangan diorang.

Jadi marilah kita, pemandu kaum wanita semua, amalkan langkah keselamatan diri dan harat benda anda daripada disamun di jalanan..

JANGAN LETAKKAN BEG TANGAN ANDA DI TEMPAT PENUMPANG sebaliknya SOROKKAN BEG TANGAN ANDA DI BAWAH TEMPAT DUDUK ATAU DI DALAM BONET KERETA...

# ingatla orang tersayang....hehe

Rawatan alternatif untuk batuk

Image
Minggu lepas Naim yang kena batuk dan selsema. Dah dibawa ke klinik, Naim minggu ni dah tak batuk lagi, cuma mamanya lak yang start berhingus, ulser dalam mulut, sakit kepala dan sakit tekak.. tambah lagi dengan BATUK..best tul

Mula-mula cuba ni hilangkan batuk dan gatal di tekak....

Tapi sampai arini pun belum baik-baik lagi dari hidung berhingus dan batuk.. jadi, on the way balik dari sekolah tadi, aku singgah beli sesuatu untuk rawatan alternatif...
                               ni ha....ais krim, baru best
Naim pun tumpang makan sama...dah geram sangat, minum benda ni sekali tadi, masuk dalam air kosong pun jadi...amik dia, berpantang pun bukan ada ape effect, jadi better makan je benda-benda ni kan? jadi makin teruk nati salahkan diri sendiri je ye...tu pesanan daripada papa...

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

Dipetik dari:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu. Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.
Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.Perkara ini diakui oleh Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon ketika ditemui sempena Kempen Kesedaran Ekzema Atopik di kalangan kanak-kanak anjuran Leo Pharma baru-baru .
Katanya, di Mal…

CAhayA UkhHwaH: Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Image

Mindset ari ni

Hari ini kena ada mindset baru....

Sabar ye, sikit je lagi nak mengajar, nanti budak-budak dah nak exam tau, 6 ari je, lepas tu dah tak de ape...

haha, ni mindset orang yang nak berkhidmat sampai umur 60? sabao je lah...bukan pe, mmg kena ada mindset baru, sebab sepanjang minggu PMR baru-baru ni, pergi sekolah pun tenang sangat sebab bilangan kelas yang datang harian sikit je. Mulai arini bilangannya dah kembali macam biasa...Diorang lak, mula exam ari khamis minggu depan..Maknanya ada masa lagi nak buat bising dan main-main di sekolah..tu yang haru. tensen nak tempuhi detik-detik ni..

tak sangka ubatnya GARAM

Image
Ulser dalam mulut menyerang lagi !!!!!!!! sengsara nak tahan pedih dalam dua hari ni...nak makan terasa pedih, nak minum pun pedih, bahkan nak bercakap dengan orang pun terasa seksa tul.. saja je menahan sakit ni dalam dua hari ni..tadi tetiba Asni, cikgu yang duduk meja depan tu tetiba cakap
          " Akak tak try letak garam ke ? sekejab je baik ulser tu nati..."

Terus je aku teringat Mak Ndak pernah suruh anaknya Pa'an letakkan garam masa Pa'an kena ulser dalam mulut. Rupanya petua ni aku dah tahu cuma terlupa je nak praktikkan...jadi balik je dari sekolah tadi, lepas makan malam, terus je letak garam kat tepi bibir dan dalam mulut... betul berkesan tau.30 tahun umur baru arini try guna garam untuk hilangkan ulser mulut...sekarang dah tak rasa pedih lagi.. walaupun masa kena garam tu terasa sangat pedihnya, tapi kejab tu je,lepas tu terus rasa lega....sekarang menulis di blog ni pun dengan muka gembira sebab ulser dah tak ada lagi...tak sempatlah mama jadi Angelin…

info LSCS

Image
Balik dari sekolah tadi, macam biasalah Naim akan ajak main dengan dia..Ditarik-tariknya tangan mama yang sebelah sedang memegang sudip untuk menggoreng ayam..dia ape kisah, mama tengah masak ke, tengah sibuk pun, mesti nak minta didukung bila nampak mama..Kebetulan pulak, disebabkan arini papa ada hal, jadi terpaksa amik naim lewat..mama yang balik lebih awal tengah masak semasa diorang sampai..Kalau mama yang berat 44kg ni, kadang-kadang memang tak terlarat nak ampu Naim yang hampir 11kg bila dia memanjat mama atau berkeras nak mintak didukung secara tiba-tiba..tulah yang terjadi awal tadi...sampai Naim pun hampir terjatuh sebab mama betul-betul tak ready bila dia mulat berkeras nak didukung dan tarik tangan mama..kudrat budak lelaki agaknya, sampai mama boleh kata hampir tersembam ke lantai tadi..kesannya, adui terasa sakit di perut....terus terasa takut parut semasa bersalinkan Naim aritu belum baik ke? Berapa lama nak sembuh dari luka ini? Sakit tadi tu normal ke biasa je? Macam-…

hati terkenang

Image
Hari ini bangun dengan semangat nak menyiapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak..Tapi tetiba lak teringat beberapa sms yang dihantar oleh Mary semalam, hati ni terpanggil untuk menulis blog lah pulak...
Pencetus untuk aku menulis tentang ni ialah Mary, yang bertudung hitam dalam gambar ni...semalam dia sms katanya rindu nak tgk Naim yang dah besar....nilah kawan-kawan baik yang banyak menolong Mama Naim menjaga Naim semasa berada di Jb, tahun lepas. Sementara nak pindah tinggal bersama-sama dengan Papa Naim, bukan mudah nak jaga bayi 2-8 bulan seorang diri di kejauhan..Mujur ada kawan-kawan yang baik ni yang sedia menolong jaga...Mary dan Lina, eh, sepatutnya panggilan diorang Mok Cik Lina dan Mok Cik May, hehe, almaklumlah mok cik-mok cik ni orang Kelate dan Terengganu.. Pak Cik Azmi hang tu pun ada lah jugak sumbangan, haha...mama ingat lagi, masa kami pergi shopping di Plaza Angsana sebelum raya Aidilfitri tahun lepas, Pak cik Azmi lah yang jadi baby sitter Naim, maka dapatlah ka…

Shoe's story

Image
Budak bernama Naim ni memang aktif tul. Salah satu aktiviti kegemarannya ialah mencuba kasut. Pantang jumpa kasut, dia nak cuba pakai aje. Tak caya, tengok je gambar-gambar yang ada ni...
bergaya dengan selipar jepun atuk

                                   yang ni kasut raya aritu, cantik tak? tapi dh mula nak
                                                              ketat nampaknya.

                         sampaikan dalam rumah pun nak pakai kasut..kalau tak bagi,
                                                             mengamuklah dia

                    masa pergi ke rumah Kak Ina tadi, seronoklah dia sebab dapat try
                                                         beberapa selipar



yang kat bawah ni lak, gelagat dia bila kami makan malam tadi..dipakainya kasut Kak Ina dan jalan ke sana-sini...bukan saiz dia pun dia rembat je...lagi seronok ada..

Ramaikan Follower Tambahkan Pembaca

Image
Semenjak lepas raya ni aku semakin tertarik dan kerap nak menulis di blog ni...Tapi melihat follower tak bertambah banyak, hati ni berdondang lah jugak..jadi, dikesempatan ada blog orang otai buat segmen gini, join aje lah..Kalau ada rezki, arap sangat dapat tambahkan pembaca dan follower....jangan segan nak pilih saya ye, thanks...

Nama Blog: AISY NASIHANama Blogger: Aisy NasihaTahun Mula Berblog: 13hb Julai 2011Jumlah follower sekarang :  baru ada 15
yang lain, kalau nak join klik sini ye

Belanjawan 2012...thanks PM

Terima kasih PM kerana budget 2012 yang dikatakan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat... antara perkara yang menarik perhatian Mama Naim sebagai warganegara dan pendidik....

Bonus setengah bulan gajibagusKenaikan gaji tahunan meningkat ikut gredcantik sangatTempoh naik “time based” dipendekkan kepada 8 tahunSesuai sungguhYuran persekolahan dimansuhkan sepenuhnyaMembantu sekaliPeluang guru sambung belajarmenarik tulUmur persaraan dinaikkan kepada 60 tahunAww....tak nakkk....

huhu...yang 1 je buat menangis bila dengar...macam mana lah nak kerja sampai umur 60 tahun? separuh daripada tu pun dah terasa tak sanggup nak berhadapan dengan murid-murid nakal. ....korang macam mana pendapat?