Posts

Soalan biasa ditanya semasa hari raya

Image
 Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood raya kan semua? Saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri tahun 2024.. alhamdulillah saya  menyambut perayaan kali ni dengan penuh gembira walau sederhana sambutannya. Awalnya memikirkan raya kali ni saya memang tak berniat nak beli baju raya atau tudung raya. Konon sedihnya kali ni beraya sebagai yatim piatu. Bulan puasa pun kali ni saya lalui dengan penuh kerinduan kepada arwah terutamanya mak. Saya teringat kalau biasanya pada bulan Ramadan selalunya mak akan menelefon bertanya apa menu saya masak atau beli untuk berbuka. Di saat mak dh tak berapa sihat pun dia mitak kakak telefon untuk tanya apa menu saya hari tersebut. Kadang kala menu saya akan ditiru oleh mak atau kakak pada hari berikutnya. namun, tahun ni tak dapat lagi panggilan sebegitu. Al fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggalkan kita , moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Walau apa pun, akhirnya saya beli juga...

Colorful Turkiye

Image
 Teringat-ingat lagi banyak perkara tentang Turki, moga sihat badan dan ada peluang untuk melawat ke Turki lagi ..

Masa

Image
Sekejap je masa berlalu, dah menghampiri 2024 dah ya. Memang masa ni terasa cepat, tak sangka dah tua jadinya. Anak- anak pun dah pandai uruskan diri sendiri. Alhamdulillah, tak ingat dah pengalaman berjaga malam atau mengantuk letih lemah kerana kerja yang banyak ditambah dengan tak cukup rehat kerana urusan kerja di rumah juga. Apa korang buat tu ? Cuti kali ni ke mana? Semalam jalan ke KL agak lenggang. Agaknya ramai yang keluar dari Lembah Klang .Abang balik sekali sekala memang kami cuba usahakan buat aktiviti keluarga yang abang suka. Maklumlah bila anak tak cukup, terasa ralat bila ke restoren yang anak tak ada tu suka. Rasa tak seronok juga nak pergi ke tempat yqng biasa kami pergi bersama-sama. Jadi, untuk cuti kali ni kami ke Gamuda Cove Splashmania. Adik-adik memang menunggu waktu abang balik kerana memang tahu boleh buat pelbagai aktiviti kalau abang balik. Ikutkan ni baru kali kedua kami ke taman tema air sejak abang dah bersekolah asrama. Kalau tahun lalu hampir jadi acar...

Tips mendekatkan diri dengan anak 11 tahun

Image
 Assalamualaikum. Kembali saya menulis di sini, sekadar berkongsi pengalaman membesarkan anak. Lain anak lain karenahnya. Namun, rata-rata kawan atau ibu mengatakan anak kedua selalunya memang lain sikit berbanding adik beradik yang lain.  Kalau ikutkan anak tengah di rumah kami ni sememangnya suka menangis semasa masih bayi. Namun si tengah ni juga dari dulu sampai sekarang tak banyak meluahkan apa yang dia rasa atau apa yang dia nak. Jika dibandingkan dengan adik atau abang yang memang akan meratip meminta apa yang diorang kehendaki sehingga dapat barang seperti kehendaknya tu, anak tengah ni banyak buat muka tetapi tak berutahu apa kehendak dia. Ada masanya kita kena memerah otak memikir apalah dia nak.  Pada mulanya hal ni taklah mengganggu pemikiran saya pun. Jika diimbas semula, rasanya tahun lepas pun kelakuan si anak tengah ni memang macam ni. Cuma saya tak ambil berat sangat dengan kesibukan yang ada. Namun tahun ni, bila dah kurang anak dalam jagaan depan mata, ...

100 hari tanpamu

Image
 Harini genap 100 hari saya bergelar anak yatim piatu.. walaupun dah tua macam ni baru kehilangan kedua-dua ibu bapa, namun sedihnya hanya orang yang pernah merasainya sahaja akan faham. Seingat saya, 40 hari pertama terasa sangat sedih dan sunyi. Terasa tiada tempat bersandar, malah ada juga sering kali sampai menitiskan air mata sambil membacakan surah-surah nak niatkan kepada kedua ibu bapa kat sana. Semasa arwah ayah meninggal lebih kurang 4 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya masih ada mak. Tapi kali ni bila kedua-dua dah tak ada, tersangat dalam kesannya. Kalau anda membaca entry ni, minta tolong sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa saya ya. Terima kasih banyak-banyak. Selama ni juga dah banyak kali saya melihat anak murid yang berubah tingkah laku setelah kehilangan ibu atau bapa. Anak seusia remaja ni sepastinya sangat bergantung kepada ibu bapa. Jadi jika kehilangan tempat bergantung di usia sebegitu pastinya sangat terkesan. Ibu bapa kita kan? Insan yang menyay...

Aktiviti kelas relief

Image
Kalau masuk kelas relief di hujung semester ni memang kena kreatif sikit. Kalau tak murid memang suka sembang sesama sendiri macam kelas tak wujud cikgu. Bagi kertas suruh diorang lukis doddle macam ni, ada kalanya dapat mengisi masa dengan kekaguman, melihat pandainya anak-anak menengah rendah ni melukis.  Tapi, ada juga yang sekali sekala jenis kita suruh lain tapi dia buat lain, macam gambar di atas ni dia lukis gambar cikgunya pulak..tapi sebab dia lukis runcing dagu cikgu, cikgu pun masukkanlah ke entry ni sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Haritz

Aktiviti kelas hujung semester

Image
 Assalamualaikum semua. Memandangkan Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA) telah tamat, kebanyakan masa saya masuk ke kelas memang saya buat aktiviti pembentangan. Jadi, entry kali ni saya nak kongsikan dapatan semasa aktiviti pembentangan yang pernah murid-murid saya buat.  Sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru-guru yang kreatif. Setakat ni saya rasa aktiviti menjana pendapat murid dan melatih keberanian bercakap di khalayak ramai ni sangat menarik dan memberikan peluang untuk saya lebih mengenali anak murid. Bila saya mengutarakan isu-isu seperti di rajah di atas tu, pelbagai hasil dapatan yang saya dapat. Walau soalan semudah tempat yang paling ingin dilawati, pelbagai respon saya dapat. Murid nakal memberikan jawapan yang ada kalanya lucu, ada kalanya merepek seperti rumah Acap, iaitu nama kawan dia yang paling disukai, sehinggakan satu kelas gelak besar. Namun kegembiraan yang diberikan tu membuatkan ada rasa terbit dalam hati saya ni, “mudahnya anak-anak ni ...

Jual kereta di platform Carsome

Image
 Assalamualaikum.. kembali bersiaran harini dengan niat nak berkongsi pengalaman pertama kali kami menjual kereta di Carsome.. sebelum ni banyak kali saya ternampak iklan Carsome ni, tapi bila tak ada kepentingan masa tu, jadi tak adalah ambil tahu pasal servis Carsome ni. Bila dah sampai masanya terasa nak mendapatkan kereta yang lebih selesa untuk keluarga, maka kenalah mengambil tindakan nak menjual kereta sedia ada ni.  Kiranya ini merupakan kali kedua saya menjual kereta, jadi saya nak bandingkan semasa menjual kereta pada tahun 2015 dengan sekarang ni dari segi mudahnya bagi pandangan seorang pemandu perempuan yang malas nak menyusahkan diri sendiri.. atau erti kata lain, tak berapa nak rajin nak mengiklankan kereta di platform jual beli kereta terguna yang lain dan seterusnya kena uruskan hal-hal berkenaan. Lagipun saya juga risau kena tipu atau apa-apa risiko lain.  Mulanya saya tergerak hati nak ke website carsome 4 hari sebelum dan mengisi maklumat kenderaan yan...

Anxiety attack

Image
 Assalamualaikum semua.. Lama saya tak menulis di sini, terasa nak mencatatkan sesuatu pulak malam ni. Sebagaimana tajuk kali ni, ya saya nak menulis tentang anxiety attack. Apa tu anxiety attack? Korang tahu tak? Saya pun sebelum ni tak mengambil tahu tentang penyakit atau perkara ni. Kehidupan saya rasanya sebelum ni langsung tak ada pun mengalami hal macam ni. Sehinggalah pada suatu ketika saya macam rasa saya ni sedang berdebar-debar sangat, debaran yang sangat ketara sehingga saya terfikir yang adakah saya mengalami sakit jantung? Debaran yang saya rasa tu banyak kali terjadi pada masa saya rehat, contohnya semasa saya sedang berbaring nak tidur atau semasa menonton televisyen. Pernah juga terjadi debaran kuat macam tu semasa saya nak melakukan aktiviti harian yang lain. Pernah juga saya sampai tak dapat nak tidur malam kerana terasa denyutan nadi yang kuat sampak saya rasa saya dengar degupan tu seolah-olah dalam drama tv. Paling suspen kejadian debaran kuat ni ialah pada sua...

Selagi bernyawa selagi itulah diuji

Image
 assalamualaikum semua.. Yang membaca entry ni harapnya semua dalam keadaan yang baik dan bahagia. Terasa rajin pulak saya nak menulis kat sini. Memikirkan hal semasa ni, nak pulak rekodkan sesuatu kat sini, maybe ada masa nanti boleh diimbas kembali kenangan pada minggu ini. Kadang-kadang saya geli hati bila mendapat mesej rakan-rakan sekolah lama bertanya khabar saya. Pasti ada yang bertanya kabar sambil diselangi dengan ayat " bestla korang kat sekolah baru" , atau "kat sekolah ko pasti tak de macam ni kan?".  Haha, pandangan korang ni kan.. Ingat korang je ada masalah ye? Memanglah keadaan semasa ni alhamdulillah taklah seperti keadaan di tempat lama. Namanya pun sekolah lain, situasi pastilah takkan sama dengan yang lama. Syukur sangat Allah berikan peluang yang ada ni. Tanpa izinNya pasti takkan jadi apa yang berlaku sekarang. Namun, macam tajuk yang kat atas tu, mana ada 100% happy memanjang je walau dah berada di tempat baru. Kita yang kena adjust dengan per...

Sambutan hari guru dan raya 2022

Image
Entry kali ni boleh anggap sebagai sambungan kisah entry yang sebelum ni. Tetiba dapat idea nak menulis tentang ni selepas ditegur oleh suami saya pada masa makan malam tadi. Asalnya masa makan malam tadi, saya masak menu berbeza ikut permintaan. Hari rajin memanglah boleh macam tu. Al kisahnya, semasa makan tu, suami saya mencari sos cili, jadi saya pun hulurkan sos cili yang saya dapat sempena hari guru. Suami pun kata, “Mula haritu macam rasa kelakar hadiah sos cili ni, tapi bagus juga benda yang cikgu dapat makan.” . Saya pun gelakkan je, tapi pada masa yang sama mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Selain sos cili tersebut, ada lagi hadiah sebegitu yang saya dapat, iaitu seperti gambar di bawah. Wah rare betul ni, rare bagi sayalah.. apa pun syukur kerana mendapat hadiah sebagai tanda ingatan daripada murid-murid.  InsyaAllah saya akan gunakan juga rempah-rempah ni untuk menyediakan juadah nanti. Selain tu, dapat juga idea untuk membeli bahan makanan sebagai hadiah hari guru...

Sekali air bah

Image
 Wah tajuk ala-ala sastera gitu.. teringat pada hujung minggu lalu saya ditegur dah lama tak menulis di blog ni, terus kali ni menulis. Haha,  macam ramai yang baca blog ni kan? Takpe, prinsip saya kan, jangan kisah sangat apa pendapat orang sebab mereka tak bayar bil kita pun.. jadi asalkan kita gembira dan dan usaha sendiri, apa-apa pun pasti baik-baik sahaja nanti. Meh saya ceritakan pasal tajuk. Saya pilih tajuk air bah tu kerana  siang tadi saya membuat pemilihan murid untuk persembahan majlis hari guru. Ha gitu kesan pindah sekolahnya.. selama ni tugas yang dapat buat video, buat montaj, buat buku program, buat slide presentation, buat kerja yang berkaitan IT lah pendek kata. Masuk sekolah ni diberinya AJK Persembahan ke kita wak.. sejarah betul. Lagi-lagi bila diugut kalau tak ada persembahan murid, cikgu AJK yang kena buat persembahan … haha, pasti dibaling telur atau semua lari nanti kalau saya yang nyanyi atau bersajak kat stage tu.. risau rosak majlis jadinya.....

Selamat Hari Raya -raya terkejut 2022

Image
 Assalamualaikum , salam Syawal buat semua.. Budak kecik ni paling gembira dapat beraya di rumah Opah tahun ni, ramai sepupu yang hampir sama usia ada bersama-sama untuk main kejar-kejar dan lawan Minecraft. Walaupun raya terkejut tahun ni, raya kita tetap meriah kan? Nikmat apa lagi yang nak kita pertikaikan, tak gitu korang? Syukur lah dapat beraya bersama sanak saudara, dapat bergotong royong sambil membawang bersama walau persediaan dibuat dalam masa yang singkat..  Ok, semoga semuanya gembira menyambut hari raya kali ni.. selamat kembali ke stesyen masing-masing nanti..  p/s: semakin tua ni semakin malas nak menulis jadinya..

Mulakan sesi 2022 dengan perpindahan

Image
 Berbelah bahagi rasanya mendapat surat arahan pindah walaupun sememangnya saya yang membuat permohonan kononnya nak bertukar angin setelah 11 tahun lebih berkhidmat di sekolah yang sama. Kawan-kawan kat sini baik belaka. Persekitaran sini pun sebenarnya dah selesa dan memang dah faham macam mana keadaannya.. Paling sedih ialah nak tinggalkan kawan sebelah meja saya yang sangat tak kisah menjadi pendengar yang baik selama ni. Namun, rasanya inilah takdir Allah yang telah disediakan yang terbaik buat saya untuk tahun 2022 dan seterusnya.  Orang kata tuah manusia siapa yang tahu kan? Kita doa yang baik-baik sahaja untuk sekolah yang ketiga ni.  Semoga semua yang membaca entry ini juga diberikan kemudahan dalam semua perkara yang diusahakan.

Salam tahun baru 2022

Image
 Assalamualaikum semua.. Semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan yang baik serta diberikan keceriaan, kebahagiaan serta keimanan untuk tahun 2022 yang bakal kita tempuhi ni.. semoga hanya yang baik-baik sahaja bakal kita tempuhi. Jangan pulak kita lupakan pengalaman 2021 yang lalu. Apa yang baik kita jadikan kenangan manis dan ingatan dalam menempuhi hari yang mendatang. Mana kala apa-apa yang buruk atau tidak seperti yang kita ramcangkan, kita usaha lagi untuk 2022 ni. Lupakan benda yang kurang baik atau tak ok tu.. move on orang putih kata.. mungkin lebih mudah kalau kita abaikan ,kalau kita mampu , elok sangat abaikan perkara-perkara yang kurang baik yang berlaku sebelum ini, demi masa depan yang lebih ceria. Bagi mangsa banjir akhir 2021 yang lalu, semoga korang tabah dan diberikan ganti rezeki yang berlipat ganda selepas ini. Sayu sangat sedih, terharu dan kecewa melihat keadaan dan hasil banjir, tambahan lagi ada 8 orang rakan guru yang saya kenali terlibat de...

Create your own algorithm for happiness

Image
Assalamualaikum.. kembali mencoret kat sini. Ingatkan dah malas nak menulis, tapi kembali kali ni sebab beberapa hari lalu saya ada mendapat email yang bertanyakan sesuatu berkenaan entry lama saya. Terasa dapat sedikit motivasi gitu. Sebagai mana ada ayat yang berkata, walau seorang sahaja pun yang dapat kebaikan daripada kata-kata atau perbuatan kita, itu adalah sumbangan kita.. Alhamdulillah, sesungguhkan hikmah dan ilham boleh datang dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaannya.  Antaranya dengan ada rakan yang baik juga merupakan kebahagiaan. Syukur sangat tahun ni walaupun birthday saya jatuhnya semasa masih dalam PKP, namun rakan-rakan baik kirimkan pelbagai hadiah sebagai tanda ingatan. Terharu sangat. Syukur. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan syutga kepada rakan-rakan saya yang baik ni.  Sebagai mana tajuk entry ni, kebahagiaan setiap orang tak sama. Jadi kita ciptakan algoritma kita sendiri. Latih diri kita untuk bersyukur dan bertoleransi dengan keadaan dan kema...

Membeli kenangan manis

Image
 Assalamualaikum semua..Apa khabar semua? Saya doakan semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. sesungguhnya semakin merisaukan keadaan di Malaysia ni. Dengan kes Covid masih lagi tinggi,  varian Delta Plus dah sememangnya terasa bahangnya di mana-mana. Agaknya selepas dua minggu apalah angka nanti? Memandangkan di beberapa buah negeri dah diberi kelonggaran tu. Semoga semua orang tetap  menjaga SOP walau di mana korang berada. Benda bukan main-main ni. Boleh bawa maut .Sedih betul mendengar kes-kes kematian berkaitan covid ni. Lebih-lebih lagi bila mengetahui anak-anak murid sendiri yang sememangnya rapat yang kehilangan ibu bapa kerana Covid.. jahatnya penyakit ni.. Macam manalah anak-anak ni nak menghadapi hari hari seterusnya.  Jangan lupa baca doa ni sentiasa ya. Moga Allah lindungi keluarga kita dan kenalan kita daripada bahaya Covid. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Melindungi.  Bercakap tentang risau bahaya covid...