Sambutan hari guru dan raya 2022

Entry kali ni boleh anggap sebagai sambungan kisah entry yang sebelum ni. Tetiba dapat idea nak menulis tentang ni selepas ditegur oleh suami saya pada masa makan malam tadi. Asalnya masa makan malam tadi, saya masak menu berbeza ikut permintaan. Hari rajin memanglah boleh macam tu. Al kisahnya, semasa makan tu, suami saya mencari sos cili, jadi saya pun hulurkan sos cili yang saya dapat sempena hari guru. Suami pun kata, “Mula haritu macam rasa kelakar hadiah sos cili ni, tapi bagus juga benda yang cikgu dapat makan.” . Saya pun gelakkan je, tapi pada masa yang sama mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Selain sos cili tersebut, ada lagi hadiah sebegitu yang saya dapat, iaitu seperti gambar di bawah. Wah rare betul ni, rare bagi sayalah.. apa pun syukur kerana mendapat hadiah sebagai tanda ingatan daripada murid-murid.  InsyaAllah saya akan gunakan juga rempah-rempah ni untuk menyediakan juadah nanti. Selain tu, dapat juga idea untuk membeli bahan makanan sebagai hadiah hari guru sekolah anak-anak tahun lain nanti. Berbaloi juga ni dan harga pun tak mahal. Apa yang penting ialah ingatan tu kan?


Ok, jom sambung kisah AJK persembahan yang lalu. Wajar dicatat kat sini kerana inilah julung kalinya saya dapat tugas macam ni. Setelah beberapa hari berlatih dan alami petang yang kelam kabut, maka sampailah hari kejadian. Tak senang duduk jadi AJK persembahan ni rupanya. Kira kemuncak acara, semua pasti akan tertumpu kepada persembahan. Dah la pada hari kejadian tu ada wakil PIBG, polis , pegawai yang memang saya tak sempat nak ambil tahu siapa orangnya, selain murid pun ramai hadir. Memang sorakan bergema setiap kali persembahan. Boleh nampak kepopularan murid yang buat persembahan tu, lagi gamat sorakan dan kuat tepukan boleh didengari pada masa diorang buat persembahan tu. Setiap persembahan pulak memang ada keperluan yang berbeza, kena alert dan jaga setiap murid. 

Bila habis selesai 7 persembahan tu, ya Allah lega sangat rasanya. Macam satu masalah besar dah selesai.. sesungguhnya satu pengalaman yang sangat menarik dan bermakna sempena sambutan hari guru kali ni.


Comments

  1. kawan-kawan saya yang jadi cikgu di kampung pernah cerita hadiah hari guru dapat sayur dan buah. bagus juga dapat makanan, dah tentu-tentu makan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1