Salam tahun baru 2022

 Assalamualaikum semua..

Semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan yang baik serta diberikan keceriaan, kebahagiaan serta keimanan untuk tahun 2022 yang bakal kita tempuhi ni.. semoga hanya yang baik-baik sahaja bakal kita tempuhi.



Jangan pulak kita lupakan pengalaman 2021 yang lalu. Apa yang baik kita jadikan kenangan manis dan ingatan dalam menempuhi hari yang mendatang. Mana kala apa-apa yang buruk atau tidak seperti yang kita ramcangkan, kita usaha lagi untuk 2022 ni. Lupakan benda yang kurang baik atau tak ok tu.. move on orang putih kata.. mungkin lebih mudah kalau kita abaikan ,kalau kita mampu , elok sangat abaikan perkara-perkara yang kurang baik yang berlaku sebelum ini, demi masa depan yang lebih ceria.


Bagi mangsa banjir akhir 2021 yang lalu, semoga korang tabah dan diberikan ganti rezeki yang berlipat ganda selepas ini. Sayu sangat sedih, terharu dan kecewa melihat keadaan dan hasil banjir, tambahan lagi ada 8 orang rakan guru yang saya kenali terlibat dengan kejadian banjir haritu. Salah satu yang saya sendiri sempat pergi melawat ialah rumah rakan di Seri Muda.. insaf sangat bila melihatkan keadaan pada hari ke 5-6 pada masa tu sangat tak terurus di sekitar kawasan tu. terus terlintas ayat-ayat yang menginsafkan diri. Semua yang kita milik adalah sementara sahaja.. pinjaman yang Allah berikan, yang boleh ditarik oleh Allah bila-bila masa sahaja. 

Semoga hari mendatang akan lebih baik buat semua, seluruh rakyat Malaysia. Moga kemakmuran negara masih dapat kita nikmati dengan aman. Cewah ayat yang macam tema kemerdekaan pulak..haha.. namun macam tulah, nak cakap panjang taklah saya pandai pun. Selagi diberi usia dan kewarasan kita cubalah buat yang berbaik. 


Selingan:  apalah bakal jadi kedai kegemaran kami lepas ni.. saya dah blacklist kedai Dobuyo yang berdekatan dengan rumah kami ni. Servis lembab sangat. Bukan sekali. Dah 3 kali terakhir yang kami pergi makin menjadi-jadi lembab servisnya. Masalahnya tekak saya memang gemar makanan korea. Kalau dulu sebelum pandemik setiap minggu wajib ke kedai korean sekali. Kadang-kadang lebih sekali. Tapi kalau dah 45 minit kena tunggu dekat luar, masuk tunggu 40-50 minit sebelum dapat makanan kita order, tak rasa sakit hati ke? Tak sangka makin tua berubah pulak citarasa kita kan?? 

Comments

  1. Salam Tahun Baru. Semoga 2022 membawa seribu satu kebaikan untuk kita semua. Segala musibah dari Allah pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya insyaAllah.. moga hikmahnya nanti membahagiakan kita semua

      Delete
  2. Salam tahun baru 2022 :))

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1