100 hari tanpamu
Harini genap 100 hari saya bergelar anak yatim piatu.. walaupun dah tua macam ni baru kehilangan kedua-dua ibu bapa, namun sedihnya hanya orang yang pernah merasainya sahaja akan faham. Seingat saya, 40 hari pertama terasa sangat sedih dan sunyi. Terasa tiada tempat bersandar, malah ada juga sering kali sampai menitiskan air mata sambil membacakan surah-surah nak niatkan kepada kedua ibu bapa kat sana. Semasa arwah ayah meninggal lebih kurang 4 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya masih ada mak. Tapi kali ni bila kedua-dua dah tak ada, tersangat dalam kesannya. Kalau anda membaca entry ni, minta tolong sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa saya ya. Terima kasih banyak-banyak.
Selama ni juga dah banyak kali saya melihat anak murid yang berubah tingkah laku setelah kehilangan ibu atau bapa. Anak seusia remaja ni sepastinya sangat bergantung kepada ibu bapa. Jadi jika kehilangan tempat bergantung di usia sebegitu pastinya sangat terkesan. Ibu bapa kita kan? Insan yang menyayangi kita sejak kita masih dalam kandungan lagi. Insan yang pertama menyayangi kita, memahami baik buruk kita dan sepastinya insan yang menerima kita walau dalam apa juga keadaan tanpa lupa mendoakan kebahagiaan kita sepanjang masa.
InsyaAllah esok keluarga rapat kami yang berdekatan akan mengadakan tahlil dan bacaan yassin. Doakan majlis berjalan lancar walaupun kecil-kecilan sahaja. InsyaAllah setiap hari tak pernah lupa mendoakan kedua-dua arwah. Majlis esok sekadar tanda ingatan kami. Moga Allah jumpakan kami lagi nanti, moga kami semua ditempatkan di syurgaNya.
sebak baca. LM tak bersedia lagi untuk hilang mak ayah. entah bila sampai masa tu, harap mampu hadapi dengan tenang
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun...
ReplyDeleteSetakat skrg kita masih ada Mak.. Ayah telah pun pergi 13 tahun yg lalu ketika kita di final year semasa belajar di Afrika.. Hanya kenangan yg menjadi memori utk diingati..