Sekali air bah
Wah tajuk ala-ala sastera gitu.. teringat pada hujung minggu lalu saya ditegur dah lama tak menulis di blog ni, terus kali ni menulis. Haha, macam ramai yang baca blog ni kan? Takpe, prinsip saya kan, jangan kisah sangat apa pendapat orang sebab mereka tak bayar bil kita pun.. jadi asalkan kita gembira dan dan usaha sendiri, apa-apa pun pasti baik-baik sahaja nanti.
Meh saya ceritakan pasal tajuk. Saya pilih tajuk air bah tu kerana siang tadi saya membuat pemilihan murid untuk persembahan majlis hari guru. Ha gitu kesan pindah sekolahnya.. selama ni tugas yang dapat buat video, buat montaj, buat buku program, buat slide presentation, buat kerja yang berkaitan IT lah pendek kata. Masuk sekolah ni diberinya AJK Persembahan ke kita wak.. sejarah betul. Lagi-lagi bila diugut kalau tak ada persembahan murid, cikgu AJK yang kena buat persembahan … haha, pasti dibaling telur atau semua lari nanti kalau saya yang nyanyi atau bersajak kat stage tu.. risau rosak majlis jadinya..
Tapi Allah dah buat yang terbaik.. pasangan AJK dengan saya kali ni Cik Nad yang sangat pandai pasal persembahan murid, jadi dipermudahkanlah urusan kami. Murid-murid pulak, kemain bagi sambutan kali ni. Walau kami tak membuat pengumuman di perhimpunan tapi bilangan yang datang audition tadi ramai.. yang pandai dan tak pandai semua ada. Akhirnya dapatlah pilih 8 persembahan yang dirasakan layak buat persembahan du pentas dewan terbuka sempena majlis akan datang ni.. selamat cikgunya…
Rqsanya masa mendatang nanti pasti pelbagai lagi pengalaman mendatang bakal ditempuhi. Oleh kerana kat sini semua geng baharu, orang tak tahu pasal sesama rakan dan juga mungkin ada rakan yang mahir kerja yang biasa saya lakukan, kemungkinan nak sapat benda yang berbeza memang tinggi. Namun, redha sajalah apa-apa pun. Elok juga dapat tugas berbeza, kita dapat tambah pengetahuan dan kemahiran. Walaupun pada mulanya agak rasa bodoh, namun kalau kita usaha apa-apa pun insyaAllah bakal jadi yang baik nanti. Kan?? Yes, mari berusaha gigih dan buat yang terbaik setiap hari..sambil tu saya sentiasa doakan agar tempoh saya nak bersara cepat datang.. haha, konon nak bersara awal ni, moga tercapai cita-cita yang satu ni.
Di sekolah baru ni saya memang jarang bawa bekal, kesan sekolah dekat ni boleh pulak jadi malas menyediakan bekal.. kalau dulu boleh pulak bangun awal dan buat bekal simple dan sihat macam tu, konon suku-suku separuh.. sekarang beli je nasi lemak kantin yang tak sedap..
seronok juga belajar benda baru. abadikan di blog untuk kenangan sendiri
ReplyDeletecerita pasal nak pencen awal tu, akak pun dah berkira2 nak pencen awal tapi awal2 pun dalam 55 tahun juga la pencennya nanti ada la dalam 11 tahun lagi nak kerja. ikutkan hati sekarang juga nak pencen hahaha
ReplyDelete