Jual kereta di platform Carsome
Assalamualaikum.. kembali bersiaran harini dengan niat nak berkongsi pengalaman pertama kali kami menjual kereta di Carsome.. sebelum ni banyak kali saya ternampak iklan Carsome ni, tapi bila tak ada kepentingan masa tu, jadi tak adalah ambil tahu pasal servis Carsome ni. Bila dah sampai masanya terasa nak mendapatkan kereta yang lebih selesa untuk keluarga, maka kenalah mengambil tindakan nak menjual kereta sedia ada ni.
Kiranya ini merupakan kali kedua saya menjual kereta, jadi saya nak bandingkan semasa menjual kereta pada tahun 2015 dengan sekarang ni dari segi mudahnya bagi pandangan seorang pemandu perempuan yang malas nak menyusahkan diri sendiri.. atau erti kata lain, tak berapa nak rajin nak mengiklankan kereta di platform jual beli kereta terguna yang lain dan seterusnya kena uruskan hal-hal berkenaan. Lagipun saya juga risau kena tipu atau apa-apa risiko lain.
Mulanya saya tergerak hati nak ke website carsome 4 hari sebelum dan mengisi maklumat kenderaan yang ingin dijual. Kat situ terus dapat harga anggaran yang diberikan. Dalam beberapa minit je terus saya dapat whatapp yang menawarkan pemeriksaan kenderaan jika berminat untuk menjual kenderaan kita. Cekap staff Carsome ni, bila saya reply setuju je terus ada sales assistant yang menguruskan dan tolong tetapkan waktu pemeriksaan yang sesuai. Tanya je apa yang rasa nak tahu, semua staff ni jawab dengan baik. Kemudian, sehari sebelum hari pemeriksaan, saya telah mendapat email dan juga mesej mengingatkan masa pemeriksaan dan dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pemeriksaan tersebut.
Semasa hari kejadian pula, saya datang 10 minit awal daripada masa yang ditetapkan. Masa pemeriksaan dimaklumkan selama 40 minit oleh staf yang bertugas, dan nampaknya memang diorang menepati masa. Banyak betul yang dilakukan pemeriksaan tapi nampak sangat cekap cara diorang membuat pemeriksaan tersebut.. Selepas siap salah seorang staf datang untuk terangkan prosedur jual beli jika kami setuju untuk menjual kereta tersebut. Paling bestnya, setelah selesai semua urusan wang jualan masuk ke akaun dalam masa 3 jam je.. alhamdulillah.
Cuma sedikit info, tak semua cawangan carsome ada kemudahan untuk tukar hak milik, macam kes saya haritu, kami kena ke sebuah cawangan lain untuk proses tukar hak milik, walau tak jauh pun tempatnya. Lagi bagus kalau tahu awal keadaan macam tu jadi terus je ke tempat yang ada kedua-dua perkhidmatan, lagi jimat masa kan?
Terbaik carsome
ReplyDeleteApa pun setakat ini carsome mmg antara yg terbaik dalam soal jual beli kereta
ReplyDelete