Masa


Sekejap je masa berlalu, dah menghampiri 2024 dah ya. Memang masa ni terasa cepat, tak sangka dah tua jadinya. Anak- anak pun dah pandai uruskan diri sendiri. Alhamdulillah, tak ingat dah pengalaman berjaga malam atau mengantuk letih lemah kerana kerja yang banyak ditambah dengan tak cukup rehat kerana urusan kerja di rumah juga.

Apa korang buat tu ? Cuti kali ni ke mana? Semalam jalan ke KL agak lenggang. Agaknya ramai yang keluar dari Lembah Klang .Abang balik sekali sekala memang kami cuba usahakan buat aktiviti keluarga yang abang suka. Maklumlah bila anak tak cukup, terasa ralat bila ke restoren yang anak tak ada tu suka. Rasa tak seronok juga nak pergi ke tempat yqng biasa kami pergi bersama-sama.


Jadi, untuk cuti kali ni kami ke Gamuda Cove Splashmania. Adik-adik memang menunggu waktu abang balik kerana memang tahu boleh buat pelbagai aktiviti kalau abang balik. Ikutkan ni baru kali kedua kami ke taman tema air sejak abang dah bersekolah asrama. Kalau tahun lalu hampir jadi acara mingguan atau bulanan kami ke Sunway Lagoon disebabkan suka sangat anak-anak bermain air. Lagi-lagi bila dah terbeli pas tahunan, masuk je bila tak ada buat apa-apa di hujung minggu.


Walau pun hari ni panasnya  terik, namun melihat kegembiraan anak-anak bermain air menjadi satu kepuasan hati mak ayah ni. Teringat kata-kata rakan yang lebih berusia tentang masa yang takkan berlalu, serta minqt anak juga takkan sama seiring dengan perkembangannya. Semestinya saya pun dah memahami keadaan ini. Contoh ketara abang yqng dah tak berminat lagi nak diajak ke Kidzania atau keluar ke mall di kebanyakan masa. 


Terfikir juga perancangan Allah ni memang terbaik. Allah memang tahu apa yang umatNya mampu dan tak mampu lakukan. Setuju kan?



Comments

  1. Tiba tiba terasa masa utk tidak lgi bangun malam buat susy tu makin dekat hihihii... Anak no 4 dah hampir masuk ke umur 2 tahun dalam sebulan lagi.. dan juga mungkin no 4 adalah terakhir.. mcm dah tak larat sbb umur nak masuk 40 series ni huhuu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1