Selagi bernyawa selagi itulah diuji

 assalamualaikum semua..

Yang membaca entry ni harapnya semua dalam keadaan yang baik dan bahagia. Terasa rajin pulak saya nak menulis kat sini. Memikirkan hal semasa ni, nak pulak rekodkan sesuatu kat sini, maybe ada masa nanti boleh diimbas kembali kenangan pada minggu ini. Kadang-kadang saya geli hati bila mendapat mesej rakan-rakan sekolah lama bertanya khabar saya. Pasti ada yang bertanya kabar sambil diselangi dengan ayat " bestla korang kat sekolah baru" , atau "kat sekolah ko pasti tak de macam ni kan?".  Haha, pandangan korang ni kan.. Ingat korang je ada masalah ye? Memanglah keadaan semasa ni alhamdulillah taklah seperti keadaan di tempat lama. Namanya pun sekolah lain, situasi pastilah takkan sama dengan yang lama. Syukur sangat Allah berikan peluang yang ada ni. Tanpa izinNya pasti takkan jadi apa yang berlaku sekarang.

Namun, macam tajuk yang kat atas tu, mana ada 100% happy memanjang je walau dah berada di tempat baru. Kita yang kena adjust dengan persekitaran baru. Benda baik di tempat lama belum tentu ada di tempat baru dan sebaliknya benda buruk di tempat lama mungkin juga wujud di tempat baharu. Kena sentiasa ingat tu. Jangan terlalu berharap yang manis-manis dan molek belaka.  Namun, kalau diuji sekali pun, ini dah dugaan buat kita,jadi hadapinya dengan hati yang terbuka. Berusahalah untuk atasinya dengan cara terbaik. Pendek kata, selagi bernyawa pasti takkan lari daripada masalah. 

Namun apa yang pasti di tempat lama ke tempat baru, geng saya semestinya kaki makan dan jenis tak berkira. Hari jadi masing-masing memang beberapa kali sambut. Alasan nak makan bersama selepas waktu kerja sentiasa ada, paling tak pun sebulan sekali memang akan ada perjumpaan dengan geng lama walau dah tak selalu mampu jumpa diorang.





makan sedap-sedap, lepas tu masing-masing puasa dan diet bila berat bertambah. Itu pun satu kegembiraan bagi geng ni. Bila nak mula diet, pasti ada yang bagi sokongan atau ada jugak yang kata masih ok nampak berat sekarang.. yang pasti geng kami bukan jenis mengutuk sesama sendiri depan belakang. Alhamdulillah rezeki juga ada kawan tempat mengadu dan mencurah rasa sekali sekala tu.

Comments

  1. Sedapnya pavlova.
    Setuju dgn tajuk Aisy tu. Dunia tempat ujian.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1