Anxiety attack
Assalamualaikum semua..
Lama saya tak menulis di sini, terasa nak mencatatkan sesuatu pulak malam ni. Sebagaimana tajuk kali ni, ya saya nak menulis tentang anxiety attack. Apa tu anxiety attack? Korang tahu tak? Saya pun sebelum ni tak mengambil tahu tentang penyakit atau perkara ni. Kehidupan saya rasanya sebelum ni langsung tak ada pun mengalami hal macam ni. Sehinggalah pada suatu ketika saya macam rasa saya ni sedang berdebar-debar sangat, debaran yang sangat ketara sehingga saya terfikir yang adakah saya mengalami sakit jantung? Debaran yang saya rasa tu banyak kali terjadi pada masa saya rehat, contohnya semasa saya sedang berbaring nak tidur atau semasa menonton televisyen. Pernah juga terjadi debaran kuat macam tu semasa saya nak melakukan aktiviti harian yang lain. Pernah juga saya sampai tak dapat nak tidur malam kerana terasa denyutan nadi yang kuat sampak saya rasa saya dengar degupan tu seolah-olah dalam drama tv. Paling suspen kejadian debaran kuat ni ialah pada suatu hari semasa balik dati kampung, terasa hampir tercabut jantung kerana suami saya memandu laju pada masa tersebut. Bukan sahaja berdebar di dada, malah tangan saya kedua-dua belah pun menggigil pada masa tersebut. Sangat menakutkan saya rasa. Pada tempoh sebulan tu saya mula pantau kesihatan dan pakai jam untuk pantau heart beat saya.
Pada masa tu saya cuba mencari punca, saya tanya kawan-kawan kot pernah alami kejadian ni. Macam-macamlah nasihat yang saya dapat. Saya jugak telah ke klinik nak meminta ujian darah. Namun pada kali pertama saya ke klinik tu, doktor yang saya jumpa tanyakan beberapa soalan dan selepas beberapa minit dia minta saya ke unit psikiatrist, katanya “ini tak perlu ujian darah, saya rasa puan kena anxiety attack, puan kena dapatkan nasihat daripada pakar” . Korang rasa apa saya buat masa tu? Lagi stress jadinya saya selepas dengar ayat tu korang tau. Saya pun abaikan je , malas nak ke hospital dan kalau betul kata doktor ni sebab stress dan trauma saya jadi macam tu, memang tak ada ubat pun saya rasa. Kena kawal punca stress jelah jawabnya. Abis macam tak nak stress kalau dah macam ni kehidupan kita? Haha masa tu itulah penikiran saya ni. Jadi, pada masa tu saya abaikan nasihat doktor pertama tu.
Namun selepas itu kejadian heart beat kuat ni masih lagi berterusan. Pada hari tertentu pernah saya tengok jam saya pakai menunjukkan angka 129. Takutnya saya pada masa tu. Risau apalah jadi ni, kang tetiba dapat serangan jantung , macam manalah. Dalam fasa ni juga pernah beberapa hari saya juga rasa macam di awangan-awangan kerana badan tak cukup rehat dan kurang tidur, ditambah dengan keadaan heart beat kuat tu lebih terasa letihnya, datang ke tempat kerja pun terasa penat seawal pagi lagi. Terasa bersalah kepada anak-anak murid kerana guru tak mengajar dalam keadaan cergas macam biasa. Sehingga ada masa yang saya rasa tak boleh biar sahaja lagi keadaan ni. Tambahan lagi, ramai pulak pada masa tu yang mengesyaki saya ada hypertirod, iaitu satu penyakit yang agak common di kalangan guru. Di sekolah lama saya ada 9 orang rakan yang mendapat penyakit ni. Saya pun ke klinik yang lain dan meminta pemeriksaan kesihatan menyeluruh satu badan. Setelah beberapa hari baru mendapat keputusan.
Korang tahu keputusan ujian tu macam mana? Semua cantik je kecuali kolestrol sedikit tinggi. Doktor yang bertugas pada masa tu pun tanya sedikit sebanyak tujuan saya membuat pemeriksaan kesihatan tu, lalu saya pun berterus terang. Mungkin juga sebab kali ni saya dah bersedia minda tentang anxiety attack ni, saya kali ni menerima dengan hati yang terbuka nasihat- nasihat yanb doktor berikan. Alhamdulillah selepas balik dari klinik yang kedua tu simptom yang saya alami lebih 2 bulan semakin kurang.
Jadi, saya kongsikan di sini amalan yang saya rasa membantu saya semasa mengalami anxiety attack;
1. Cukup tidur .
Untuk tujuan ini saya mengambil pil melatonin sebiji pada jam 9 malam. Selalunya pada jam 10 malam saya dah mula mengantuk dan dapat tidur yang nyenyak. Sebelum ni saya memang mudah terjaga dan payah nak lena. Saya juga rasa selalu tidur dengan otak masih memikir pelbagai hal seharian.
2. Jangan memendam perasaan
Hal ni tak dapat nak saya tulis banyak. Apa pun cari rakan yang dipercayai dan berkongsi masalah yang ada ialah langkah yang baik.
3. Lakukan perkara yang menggembirakan hati
Yes, saya kembali buat me time. Beberapa minggu lalu saya ke Penang dengan rakan perempuan dan saya juga berterus terang dengan suami tentang hal tugasan rumah. Anak- anak juga sekarang saya berikan tugasan harian agar tak terbeban melakukan banyak kerja seorang diri.
4. No more coffee
Saya juga dah tak ambil kopi. Alhamdulillah sekarang dah tak perlu saya mengambil panadol kerana sakit kepala. Bukan saja mudah untuk saya tidur pada waktu malam. Tahan ajelah bila terbau kopi tu rasa teringin sangat jadinya. Sebaliknya saya sekarang mengambil teh camomile, sebagai ganti kopi.
5. Banyakkan zikir kepada Allah
Alhamdulillah ujian Allah datang kerana Allah sayangkan kita kan? Allah nak kita ingat Allah sentiasa. Pengajaran yang saya ambil daripada kes ni ialah apa benda yang buat kita marah, buat kita stress atau apa sahaja yang negatif, kita jangan cepat melatah, malah kena banyak berzikir mengingati Allah supaya hati kita tak terus menjadi tertekan.
6. Melakukan solat sunat di tengah malam
Selama ni saya susah tidur atau mudah terjaga malam, saya tak buat pun solat sunat. Namun berikutan kejadian ni, pada hari yang saya terjaga malam, lagi-lagi pada hari yang saya telan pil melatonin tu awal, jadi dalam jam 3 pagi saya dah terjaga dan badan terasa segar kerana dah dapat tidur yang deep selama 5 jam, saya akan bangun buat solat hajat atau taubat atau solat tahajud. Alhamdulillah ramai yang bagi nasihat yang baik pada masa tu.
7. Mengamalkan diet low kolestrol
Yang ini pulak berikutan saya ada tahap kolestrol 6.6 saya jugak mula memilih makanan yang sihat. Rasanya pemakanan sihat juga membuat saya kurang rasa berdebar-debar dan menggigil tangan tu. Gembira juga kerana menu sihat saya bawa sebagai bekal setiap hari banyak dipuji oleh rakan-rakan.
Semoga perkongsian saya di sini dapat membantu sesiapa yang mengalami kes yang sama. InsyaAllah boleh kita ubah hal ini, kena sentiasa berfikir secara positif walau apa masalah yang kita hadapi.
Semoga awak sihat dan dijauhkan dari anxiety attack. Saya faham sebab pernah mengalami. Jantung berdegup laju sampai sakit dada. Bila check darah, tiroid apa semua takde isu. Nombor 4 tu yang paling susah buat. huhu
ReplyDeleteterima kasih utk doa yang baik.. alhamdulillah skrg saya dh kurang banyak.. minggu lepas kerja banyak dtg balik tp sikit je.. sebab dh tau kan, jd banyak bertenang dan benda ni takla menjadi sangat.. yg kopi ni mmg teringin kan... ai sabar ajela
DeleteTake care Cikgu Aisy. Agaknya U berdarah O kot, tak bleh minum kopi sgt. I sejak anak hadiahkan enamel mug, kurang sikit minat nk buat kopi. Bila guna mug biasa, addict dia lain mcm...sbb lebih sedap.
ReplyDeleteKwn2 fb I pun ramai penghidap anxiety. Alhamdulillah now nampaknya mereka dah ok, riang ria.
oh, ada teori jenis darah dan kopi ya? haha, saya ingatkan ni tanda2 penuaan je, Allah tarik nikmat makan sikit demi sikit..
Deleteapapun, alhamdulillah fasa tu dah berlalu dengan banyak sangat nasihat baik dapat dari orang sekeliling.. Allah menguji dengan hikmahNya yang tak dapat kita jangka...
salam aisy , moga terus diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah, tips yang berguna utk mereka yang mengalami anxiety. Semoga terus sihat tanpa stress yang berpanjangan Aisy.
ReplyDelete