Seronok dan suka tgk gmbr dan baca pengalaman cerita mereka yg menjelajah ke Turkiye... Blm ada rezeki lagi nak ke sana.. moga suatu hari nanti dipermudahkan rezeki utk ke sana :D
Assalamualaikum semua. Lama sangat tak menulis ni, rasa memang tak tahu mana nak mula. Tapi mengenangkan ramai yang bertanya pasal borang JPN-KP 12 termasuk seorang saudara saya yang juga menghadapi masalah yang sama, saya buat entry ringkas ni. Bukan i nak jual barang ye, hanya perkongsian bahan yang saya rasa banyak membantu saya dalam masalah cap jari tak ada kerana kulit jari sensitif sangat dengan semua bahan yang dipakai seharian. Dipendekkan cerita, bila saya jumpa losen ni,alhamdulillah jari dah tak menggelupas. Tak tipu weh. Boleh kena marah pulak dengan pegawai imigresen sebab dah ada cap jari tapi tak pergi update cap jari di jabatan imegresen tempat buat keluar pasport. Sebelum ni, saya biasa ada masalah cap jari, kalau nak masuk ke tempat yang perlukan urusan cap jari memang ngeri. Ngeri sebab takut sebab bila cap jari tak sama dengan simpanan, takut dianggap nak tipu.. Pergi bank, kena lama berurusan sampai staff yang bertugas naik bosan mencuba. Inilah losennya, c...
Food panda memang memudahkan kita kan? Lagi-lagi zaman covid ni, daripada ambil risiko ke kawasan ramai orang, lebih baik kita tunggu je makanan di rumah. Kalau kawasan yang memang ramai penduduk tu, masyaAllah meriahnya menu di food panda. Tak payah keluar rumah, tengok-tengok aja makanan dah sampai depan rumah. Nak bagi makanan pada orang pun boleh, kau masukkan je alamat orang tu dan bayar, maka sampailah makanan kepada kawan , kepada anak saudara ke atau apa sahaja tujuan kita. Al kisahnya harini saya nak kongsikan kalau berlaku kepada korang. Saya buat pesan makanan melalui foodpanda , kemudian dapat notification rider dah nak sampai.. Saya memang biasanya nak mudahkan rider tu, siap minta anak tunggu depan pintu. Bila dah 10 min berlalu anak masuk dengan muka masam, "mama tipu, mana ada pun" . Terkejutlah kan, biasa memang kejap je sampai kalau dah dapat notification macam tu. Ok, mama tengok telefon kejap. Patutnya ada status rider kat mana kalau belum dihantar, eh ni...
Unik tajuk cerpen ni, kan? Layankan jelah entry berunsur pendidikan ni ya. Mana tau ada murid-murid tingkatan 1 yang tengah mengulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun tu terjumpa entry ni, maka boleh dibuat rujukan. Lagipun bermula minggu depan dah mula minggu peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid tingkatan satu dan dua. Macam biasa, saya sediakan contoh soalan KBAT dengan beberapa pilihan jawapan. Tolong ingat untuk berikan dua jawapan lengkap dan ayatnya perlu gramatis untuk jawab soalan KBAT ni ya. Empat markah ni banyak tau! Kalau jawab suka hati nanti payahla nak dapat empat markah ni. Memang takkan dapat pun. Soalan KBAT dan jawapan: 1. Pada pendapat anda, kenapakah kita perlu berbincang sekiranya ada masalah keluarga? Jawapan: # supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan baik #dapat mengelakkan masalah antara ahli keluarga daripada berterusan # supaya salah faham tidak akan berterusan 2. Sekiranya anda berada di situasi Lim Meng, ramalk...
Seronok dan suka tgk gmbr dan baca pengalaman cerita mereka yg menjelajah ke Turkiye... Blm ada rezeki lagi nak ke sana.. moga suatu hari nanti dipermudahkan rezeki utk ke sana :D
ReplyDelete