Komplen atau tidak
Dalam perjalanan ke sekolah tadi, saya singgah ke Petronas untuk membeli bekal makan tengah hari. Sedia maklum, kalau bilabgan pelajar tak ramai yang hadir, sebab dicutikan sempena peperiksaan SPM ni, pastinya di kantin pun makanannya tak berapa meriah. Saya dah mengharap untuk beli nasi ambeng. Rindu kepada orang-orang di Johor, mulalah rasa nak makan makanan yang pernah saya makan di Johor.
Malang sikit. Sambal kelapa dalam nasi ambeng ni dah masam. Yang lain masih ok. Jadi saya makan yang ok dan bahagian yang ada sambal kelapa tu saya buang. Sambil kerling pada kertas pembalut nasi yang ada nombor telefon ni, saya terfikir patut ke saya komplen kepada pengusaha nasi ambeng ni? Takkan dah basi bila makan pada pukul 11 pagi. Biasanya saya makan waktu tu, rasanya ok. Ni mesti disebabkan memang kelapa tu dah tak elok pembuatannya.
Kalau mengajar tajuk hak pengguna, diorang ni selalu diajar supaya tahu apa hak sebagai pengguna. Kalau ada yang tak kena, patut buat aduan supaya tindakan dapat diambil untuk elak berulang kejadian yang tak sepatutnya.. ajar orang lain macam tu..
Namun, rasanya saya diamkan sahajalah perkara ni. Malas nak kecoh demi nasi ambeng sebungkus, RM 4.50. Mind set rakyat Malaysia, majoriti macam ni.. ai, macam mana nak tingkatkan mutu usahawan kita kalau macam ni kan?
Tu la kan!Nak untung pun risiko kepada pengguna kena fikir.
ReplyDeleterisaunya sakit perut nnt
ReplyDeletekalau lady, lady kol.. mungkin lps ni mrk perbaiki.. mgkn mrk x th kot..
ReplyDeleteTu la kan orang kita mmg jenis malas nak kecoh2. And over here, tak payah nak komplen sangat sebab ada pihak yang sentiasa jalankan pantauan, and tunjuk kat tv lagi.
ReplyDeleteElok juga kalau komplen ......jadi penjual tu tahu keadaan serunding kelepa dia yg dah msam tu AN...
ReplyDeleteTp kadang tu tgk mood kita waktu tu jugakkan ....samada rajin nk komplen ke tidak....ada kejam mata jelah.
sedapnya nasi ambeng. lama tak makan. sedapnya kalau pergi kenduri doa selamat kalau kat johor mesti dihidangkan nasi ambeng. kalau kenduri kawin pulak mesti dpt mkn nasi beriani
ReplyDeletekalau nasib baik siap ada tapau lg buat berkat
wow.. blog berubah rupa...
ReplyDeletehihi..itulah.. kdg2 kt ni x smpai hati kan..n dlm kpala n duk fikir , takut bila kt tegur, dia org akan malu la..
bagus sebenarnya klu kita komplen..komplen pun secara elok utk tingkatkan mutu nasi ambeng dia gak..tp tu la mmg kebanyakan org kita tak suka kecoh2..paling kuat serik dah nak beli kt tempat tu
ReplyDeletelama xmakan nasi ambeng... mungkin kelapa. kalau lain kali jd mcm tu baru akak buka mulut
ReplyDeletementality kita ni mmg jenis lagu tu… malas nak panjang2kan cerita...
ReplyDeleteKalau sy pun mls nak komplen tp.. Patutnya kena bg tau utk peniaga tu perbaiki kualiti makanan dia kan? Tp sy mmg malas bab tu
ReplyDeletePaling elok komplen kak, baru tukang buat tu tak recycle barang semalam.. dan moga lebih berhati2 lepas ni..
ReplyDeleteKlau kata orang sakit perut ke apa ke, kan bahaya :D
ishh marah bile jadi mcm ni kan...kite ni bayar pakai duit, yg meniaga pun cube lah meniaga secara jujur...lieya syak kelapa tu dah lame punye tu...silap2 semalam punye kot...kalo setakat mlm tadi buat n pagi baru bungkus takkan dah berbau.....cube tgk len kali kene lagi tak mcm tu....kalo kene lagi, mmg kene komplen tuh....
ReplyDelete