Taktik nak dapatkan apa yang diingini
Sasaran : Aiskrim
Pelan operasi :
1. Menunjukkan minat dengan bertanya, " Eh, apa kat atas ni mama?"
2. Tolak kerusi menghampiri peti sejuk dan panjat naik kerusi tersebut.
3. Buka peti sejuk dengan muka penuh perasaan ingin tahu.
4. Tarik keluar kotak aiskrim dan tunjukkan kepada mama.
5. Tunjukkan kotak aiskrim tu sambil beraksi seolah-olah terperanjat, lalu berkata, " Eh, aiskrimlah mama, Naim nak, boleh tak?"
Sampai hati mama tak nak bagi Abang Naim makan ais krim kalau macam tu dia buat? Haa... bagi jelah satu cawan, kemudian tambah lagi satu cawan..
Monolog Naim " Baiknya mama saya"..
Mana mak nak menang kalau dengan anak sendiri. Saya kalau boleh cuba sedaya upaya nak kurangkan pengambilan makanan manis oleh Naim ni. Dia taknak makan nasi kalau dah kenyang dengan ais krim, oreo, air vitagen, roti manis. Tu satu. Lagi satu dia kalau banyak sangat makan benda manis ni, mulalah jadi hiper. Main itu ini tak henti, usik adik dan macam-macamlah karenah dia yang agak bertenaga.
Semenjak cuti ni nampaknya Naim makan nasi dan mee banyak sikit berbanding biasa. Alhamdulillah lega tapi itulah, nak kekalkan macam tu, mama kenalah kawal pemakanan dia. Pastikan dia kurang makan benda manis dan sebaliknya lebihkan buah-buahan dan makanan yang kurang manis. Tapi, untuk hari ni, mama terpaksa redha bila Naim makan aiskrim dan 3 botol vitagen..nasibla nasi tak masuk mulut dia malam ni.. kita tengok nanti..
wahh dia punya taktik, menjadi. Hati ibu mana yg sanggup say no bila macma tu skali gaya terkejut dia jumpa ice cream. hahahaha mencuit hati gelagat bebudak ni tau.
ReplyDeletepintarnya abang naim, kalu tak bagi, kita lak yg terasa ralat
ReplyDeletepandai bermonolog lagi tu ... anak bijak
ReplyDeleteMama yang reka monolog tu.. bila tgk naim senyum seronok dapat apa yg dihajatinya
Deleteheheheh..budak cerdik sangat ni.. :)
ReplyDeletehahahaha, bijak bijak… kecik2 pun dah pandai bermonolog - pandai mama imagine :)
ReplyDeleteKalau nak anak makan buah, mama pun kena selalu makan buah… stok aiskrim tu mama punya ke? mana aci kan naim, kena la kongsi :)
Memang aiskrim naim...saja je kontrol supaya dia tak nkn byk benda manis.....
DeleteHheeee, comel je taktik tu..
ReplyDeleteMemang cairla hati kalau dah guna taktik tu :D
sasaran : kete mainan
ReplyDeletepelan operasi :
1. Eh eh mama car banyaknye
2. Pergi dekat kete menan, ini kete ayah, ini kete mama, ini kete firas
3. Firas mintak izin nak pegang jerrrrrrrrrrrrr
4. Belek sana belek sini, tiba-tiba "Mama firas nak beli kete ni boleh tak?"
Haruslah jawapan mamanya NO!!! apa lagi meraung berguling2 la firas. Siap semua orang kat kedai datang intai. yg tengah tolak troli pun boleh berenti tengok adegan raungan maha dasyat dari firas.
Mama malu, maka berjaya lah jugak dapat kete. Firas senyum n kata "tenkiu mama" huwaaaaaaaa.....terbang lagi duit mama
Haaa..firas ni sama dgn naimla.. kalau kat kedai mmg ada masanya jadi mama yg kejam sebab malas nk layan dia.. kalau boleh setiap hari nk bli kereta baru
DeletePandainya .... !!!
ReplyDeleteYalah, saya pun selalu tewas dengan permintaan anak-anak. Bukan tak sayang anak tapi tak sampai hati kalau dia minta nak makan itu, ini. Risau tu memanglah risau tapi takda cara nak 'mematahkan' serangan comel anak-anak nih!
Mama dah sayang..nak buat macam mana lagi kan? Kita kena pkir rancangan lain nampaknya
Deleteas long dia takde asthma...
ReplyDeleteklu si Shashal plak... skrg ni dah kemaruk minum
teh tarik yg paket2 tu.
bijaknya dia..ehe
ReplyDeletemmg kalau anak minta ssh nak kata tidak
bdk mana tak suka aiskrim kan..
heheh..pandai Naim ya..taktik mnjadi..
ReplyDeleteComel jer senyum bila dapat apa yg dihajati....
Cerdik sangat si naim. Rumah saya, gula mmg beli setahun sekali je. Time raya. Tapi, kami mmg makan manis - biskut ke, coklat ke. Feveret milo. Mmg saya ngan adam ratah sama2. Benda lain boleh kontrol... tang milo, gagal. Sbb mama dia lg dasyat dari anak. Huhu
ReplyDeletehahaha..pandai btol la naim.cair terus hati mama..hihi
ReplyDeletepandai dia buat taktik..sekali sekala mama layankan je..mmg tak smp hati..mak2 ni mmg selalu kalah dengan anak.,nk buat cmna comel sgt.haha
ReplyDeleteHensem Naim ni .....
ReplyDeleteJangankan Naim AN...TLBD pun suka sangat makan manis manis...naik risau okje tau...makan pagi tengahari asyik berulamkan air manis je