Nasi kukus
Bila datang mood 'rajin', apa benda pun macam malas nak buat. Semalam kemain rajin, saya pergi sekolah buat kerja sampai petang, hari ni duk kat rumah melepak je. Mana angin nak elok kan? Tak da berjumpa orang, duduk sorang-sorang je. Anak pun dihantar ke taska sebab kononnya mama nak buat kerja..
Sampaikan nak masak untuk diri sendiri pun malas. Dengan alasan jimat tenaga dan masa, saya pun keluar je beli nasi. Kan mudah? Putar stereng kereta, keluar dan balik semula dengan sebungkus nasi kukus. Dah lama saya tinjau kedai tepi jalan ni. Selalunya masa saya nak ke sekolah, dalam pukul 11 pagi tu dia baru nak mula susun barang niaga, hari ni barulah dapat merasa.
Dapat kembali tenangkan fikiran dan hilangkan rasa lost tadi selepas makan nasi. Sambil makan tu saya pasangkan bacaan ayat-ayat Quran, minta diberikan ketenangan di saat tak boleh solat ni.
Gerai tepi jalan yang bau ayam gorengnya cukup semerbak. Hasilnya.....
Ha..siapa suka makan nasi dengan kuah banjir macam ni? Walaupun kuahnya tak sepekat dan rasa macam rempah campur yang dijual di Kota Bharu atau Pasir Mas, tapi cukupla buat santapan saya tengah hari ni. Licin habis bila kuah ditambah dengan kicap. Haaa..makan kuah kari yang ditambah dengan kicap, memang sedap...
sy tak suka kari tapi klu makan dengan kicap mmg sedap..kuah kari plus kicap sy makan le.hehe..
ReplyDeleteklu sorg je nk makan mmg lagi mudah beli je,msk pun buat kotor dapur je kan..:)
selalu beli nasi kukus time mengidam..tapi kat pinggiran usj..bila plok nk g sek?ajak ore deh!ma abah ngan adik ada kt umah
ReplyDeletewah cam best jer nasi kukus..nak googlelah camana nak buat
ReplyDeleteNasi kukus kt pantai dalam, sedappp!
ReplyDeletecam sedap jer, cam menarik jer nasi kukus tu
ReplyDeleteSuami saya suka makan nasi kukus yang ada jual kat BP ni jer...
ReplyDeletesy suka nasi kukus dgn kuah kari yg pekat. so sedap
ReplyDeleteuntungnya AN… pulas stereng dah boleh makan nasi kukus… kalau kat sini, makan ayam aje la kalau "rajin" tu datang… hihihi
ReplyDeleteHaa.. takpe..dh balik sini nanti makan banyak2 ye..
DeleteTak pernah pulak saya makan kari ngan kicap, tapi nasi kukus adalah faveret. Bukan semua boleh dibanjirkan dalam pinggan saya, tapi nasi kukus ni terkecuali. Sedap sangat nampak nya.
ReplyDeleteHaa..saya ni kan peminat kicap.. makan nasi berlauk, nasi kerabu n nasi kukus memang temannya kicap...
DeleteLama sungguh tak makan nasi kukus kat area office lama tu....gu dia ngan ayam goreng panas panas....pergh mmg menyengat!
ReplyDeleteSo dah habis ke belum kerja tu sekolah tu....
Belum okje line pbs lembab mcm siput manalab siap lagi.. semalam pun sempat siapkan 8 orang je..sadis tulllll
DeleteBesar juga ayam goreng ni. Kalau kat area tempat kerja saya ni boleh dapat nasi kukus dengan ayam goreng sebesar ni dengan harga RM5. Mahal ke murah tu?
ReplyDeleteSamalah, ni pun RM5 juga
Deletesedapnya.lama tak makan nasi kukus ayam.feveret nik ni.
ReplyDelete