Bawa anak ....

Hari ni sekolah saya buat jamuan akhir tahun. Bertempat di Kelab Shah Alam yang berdekatan dengan Pusat Akuatik, lokasi majlis kali ni. Kali pertama saya bawa anak yang dah pandai jalan ke aktiviti sekolah. Masa di Johor, saya pernah bawa Naim yang masih merah ( 4 atau 6 bulan) ke majlis sekolah juga. Masa tu ok lagi sebab Naim duduk je atas dukung rakan-rakan, senang menguruskannya.
Kali ni saya bawa Nazif. Ha, jawapnya bukan pergi makan tapi pergi untuk ikut Nazif berjalan ke sana-sini. Dia duduk diam dalam 15 minit pertama je, selepas tu memang Nazif ni berjalan ke sana sini. Berpeluh nak mengikutnya tadi.
Tapi tak apalah, niat saya pergi bukan nak makan pun, yang utamanya. Dah makan di rumah sebelum pergi ke majlis ni. Ni sebagai sebahagian cara bergaul dengan rakan-rakan. Sekali setahun sahaja pun majlisnya. Dah la rasanya sejak masuk sekolah ni, saya tak pernah lagi menghadiri majlis akhir tahun ni. Jadi, tadi saya bertekad kena pergi juga kali ni. Lagi pun buat aktiviti macam ni boleh gelak sama-sama dan lupakan beban kerja yang ada tu sementara. Dapat duduk sekejap dalam majlis pun kira oklah.
Nazif juga seronok. Jalan sana sini je. Malah masa sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah tadi, dia yang menyibuk di pentas. Mama yang kena gelak...adik oi adik..

Beza dengan budak pompuan, sopan je Syafiiyah ni makan di pangkuan ibunya.. haha, comel betul Fiya ni.. Boleh buat calon menantu ni...


Balik tadi saya sempat singgah di kedai, beli kuew teow celup. Baru puas hati makan makanan berkuah pedas, manis, masin yang seimbang ni.. namun kalau dapat makan mee celup di Pasir Mas mesti lagi sedap, kan? Wah, tak sabarnya nak kelik kampung...

Comments

  1. budak2..biasalah kan..tak boleh duduk diam..senaman ringan jugak utk ibu..hehehe..
    Sedapnyo kuew tiaw celup tu...

    ReplyDelete
  2. Teringat zmn2 sekolah, suka tengok bila Cikgu2 bwk anak.
    Mmg jadi perhatian, nak2 klu yg masih cumil2 cam Nazif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... saya pun.. dulu selalu cuba nak jagakan anak2 cikgu... rasa seronok je kalau budak tu layan saya.

      Delete
  3. sopan jer calon menantu mama…
    Pandai nazif conquer pentas yer… tak pe, training dari awal…. ekekkeke

    ReplyDelete
  4. Heheee, takpe orang faham.. akak jadi tumpuan la kejap kan :)


    Koaw teow celup tu macam koaw teow sup ke kak?

    ReplyDelete
  5. hihi..kemain ligat nazif..kesian mama..org lain nak dukung pun tak nak

    ReplyDelete
  6. Kalau ada anak kecik mmg gitulah AN...... mmg tak sempat kita nak bersantai makan ....Biasalah budak lelaki ngan pompuan mmg ada bezanya....lasak diaorang tak sama. Oklah tu, kang kalau Nazif duk diam je...risau jugak kitakan hehe...
    Amboi mentang mentang le dah nak cuti sekolah.... dah rindu dengan kampung halaman gayanya tu hehe

    ReplyDelete
  7. celup2 is yummyyy. Nazif kan aktif, plus as a guy mana la rock nak duduk sesopan kan. Ker dia malu ngan Fiyah tu.

    ReplyDelete
  8. budakl baru dpt kaki mmg la aktif,tp keletah depa mmg menghiburkan..haruslah tunjuk macho depan fiya,katanya mama nk buat menantu,haha

    terliur tgok koteaw tu..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?