Posts

Showing posts with the label kepenggunaan

Komplen atau tidak

Dalam perjalanan ke sekolah tadi, saya singgah ke Petronas untuk membeli bekal makan tengah hari. Sedia maklum, kalau bilabgan pelajar tak ramai yang hadir, sebab dicutikan sempena peperiksaan SPM ni, pastinya di kantin pun makanannya tak berapa meriah. Saya dah mengharap untuk beli nasi ambeng. Rindu kepada orang-orang di Johor, mulalah rasa nak makan makanan yang pernah saya makan di Johor. Malang sikit. Sambal kelapa dalam nasi ambeng ni dah masam. Yang lain masih ok. Jadi saya makan yang ok dan bahagian yang ada sambal kelapa tu saya buang. Sambil kerling pada kertas pembalut nasi yang ada nombor telefon ni, saya terfikir patut ke saya komplen kepada pengusaha nasi ambeng ni? Takkan dah basi bila makan pada pukul 11 pagi. Biasanya saya makan waktu tu, rasanya ok. Ni mesti disebabkan memang kelapa tu dah tak elok pembuatannya. Kalau mengajar tajuk hak pengguna, diorang ni selalu diajar supaya tahu apa hak sebagai pengguna. Kalau ada yang tak kena, patut buat aduan supaya tindakan...