Best wishes

Hari ni nampaknya tuan tulis tak berapa nak ada ilham untuk menulis. Tambahan pula ada masalah sambungan internet kat rumah ni. Tapi buat jugalah satu entry untuk ucapkan selamat kepada beberapa insan yang saya kenali dan sayang.

Pertama, semoga cepat sembuh diucapkan kepada Kak Nurul Huda yang dimasukkan ke Hospital Ipoh kerana demam panas. Nampaknya tak dapatlah akak ni bertugas mengawas SPM. Cepat baik dan balik sini ye kak..

Selain tu, buat adik adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula esok, semoga buat dengan baik semuanya..buat anak buah saya, Muhammad Najmuddin, semoga dapat keputusan yang membanggakan ibu dan ayah.


..........................................

Malam ni Naim banyak minta sesuatu dengan papa atau mama melalui perbualan telefon. Dia gunakan telefon mainan dan buat seolah-olah dia telefon mama atau papa. Lucu pun ada. Minta susu dengan panggilan telefon... macam order McD pulak.. home delivery.

Comments

  1. Terima kasih AN..anak bongsu acik pun spm bermula esok

    ReplyDelete
  2. Moga kak Nurul Huda cepat sembuh...
    Adik bongsu saya pun SPM tahun ni, saya pun tumpang berdebar :)
    Hehehe, sengih sorang2 baca telatah Naim...

    ReplyDelete
  3. hehe comel perangai naim..but semua spm candidate,gud luck!

    ReplyDelete
  4. Canggih la Naim, depan2 mata pun nak call delivery servis yer hahaa.

    ReplyDelete
  5. Hehe.....baguslah idea Naim tu....Nak bagi mama hepy yeh Naim..

    ReplyDelete
  6. Wahh maju tu mintak susu main call je. Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?