Hari bertepung
Hari pertama cuti ni saya bersemangat sikit nak masuk ke dapur. Seharian kat rumah, menu kami banyak tepung rupanya. Pagi-pagi yang tak pagi sangat (pukul 10 pagi) kami bersarapan dengan roti canai buatan sendiri. Dohnya dah uli malam semalam lagi, sambil-sambil menonton tv, saja tengok resepi MJ yang mudah, terus saya cuba buat. Kali pertama mencanai yang akhirnya tak jadi langsung kegebuan macam yang dikehendaki(kononnya nak roti yang macam mamak uli tu). Saya tonyoh je ikut suka hati. Hasilnya..
Bakar separuh sahaja pagi tadi.. sebabnya tak ada kuah, kami makan tawar macam tu saja. Makan kongsi tiga beranak, Naim je tak nak langsung buka mulut.
Gaya Nazif masa makan roti canai mama buat...Aummmm...
Baki doh yang ada petang ni pula saya usahakan jadi benda ni. Kononnya nak buat macam yang kat SR, saya pun cincanglah daging, bawang dan daun ketumbar sikit untuk dibuat inti. Rempahnya saya ambil sikit rempah kuzi dan kari.. haaa... sesuka hati, tengok apa bahan yang ada dalam peti sejuk kami tu. Dah siap bakar baru perasan yang warna tak cun, rupanya lupa sapu dengan kuning telur masa nak masuk dalam oven tadi...haa... Rasanya bolehla tahan, nak sesedap makan di restoren terkenal tu memanglah tidak. Untuk mengisi perut kami di saat hujan petang ni, dah cukup sangat. Lagipun, prinsip masak saya ni, tak tahu masak tak pe lagi sebab boleh belajar, yang penting ialah minat nak mencuba. Jangan jadikan tak tahu buat sebagai alasan tak nak masak.. kan?
See... tak jadi roti canai, jadi benda lain yang lebih sedap sedap sedap lagi. Better than roti canai ha.
ReplyDeleteha...maknanya Mama JJ juga champion kalau pasal buat roti canai,,
Deletecer cek bulu kat tangan hahahaha.
Deleteakakpun lama daa tak meroti gara2 tak mampu nak uli doh yg perlukan tenaga yg byk, kalu nak buat bulih tp perlu kerjasama hubby..
ReplyDeleteHaa.. tulah kan kak..uli sikit je tangan saya mula rasa lenguh.. tu yg buat lebih kurang je
DeleteAisy, I mmg failed bab mencanai roti.... tapi klu desperate, boleh la setakat
ReplyDeleteutk makan sendiri dan ikut selera tekak sendiri tapi selalunya mmg keras kejung...
ok lah tu..kira tk membazir kan..zaman skrg semua kena jimat2
ReplyDeletewah, sempat juga buat roti canai… saya belum sampai seru lagi nak menguli… mmg selalu fail nak buat doh… huhuhu
ReplyDeleteMalam tadi lepas maghrib, balik papa zir terus gi makan kat jj balakong....pusing punya pusing lastly makan SR....mula tu okje nk pilih set karipap giant tu....sebab okje mmg suka ....tp ordernya tomyam noodle....huhu...ni tengok balik awaj buat, tekak dah teringin balik hehe
ReplyDeleteBetul! Tak tau boleh belajar. Tapi... saya mmg malas nak mencuba. Masak apa yang senang je... hahaha.
ReplyDeletesaya pun malas juga.. ada masa tertentu yang berangin sikit ginilah jadinya
Deletekira kreatif la ni,roti canai tak jadi jadi benda yg lebih advance..cantik ket idak tak penting,yg penting sedap..lgpun bukan nk meniaga..sendiri2 je nk makan..terbaiklah..:)
ReplyDeleteAkak mmmg tak berapa rajin nak buat brnda2 mcm ni..tapi apa salahnya mencubakan..
ReplyDeleteBunyi nasihat tu memang ala cikgu-cikgu gitu. Saya kalau tengok resepi memang teruja tapi teruja tengok gambar ajelah. Nak membuatnya memang kena tunggu hujung minggu aje yang kita sekeluarga tak gi jjcm.
ReplyDeleteWah rajinnya awak meroti canai
ReplyDeleterajinya btol ni. nik bab roti canai ingat kedai mamak jea..haha
ReplyDeletenampak kan beza org malas dan rajin..kikiki