Nak berbisnes pun agak-agaklah!

Kelakar betul iklan-iklan di FB ni. Saya ni sebenarnya dah lama inactivekan akaun FB saya, sehinggalah sebulan ni. Entah kenapa rasa terdetik nak mengambil tahu hal kawan-kawan lama, jadi mula lah dengan FB ni kembali, memang medium yang sesuai. Memang macam-macam ada. Matlamat tercapai, dapatlah mengeratkan kembali hubungan dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Masalahnya mulalah saya rasa bosan dengan individu-individu yang bergelar tauke online ni.

Antaranya, ada yang buat satu post bertanyakan cara menghilangkan parut kesan czer.
Lucu betul, eh ke menyampah bila ada tauke online yang prihatin dengan isu ni, balas persoalan individu ni dengan mengesyorkan produk yang terhangat di pasaran sekarang. Padahal, ramai yang tahu produk tu untuk kecantikan dan kesihatan, bukannya ada kesan menghilangkan parut luka pembedahan yang panjang tu. Yang ada produk nak buat parut jadi lebih cantik, setahu sayalah. Menghilangkan terus nak jadi macam sebelum pembedahan??? Ehemmm...Tak logik betul, nak berniaga pun agak-agaklah kan? Janganlah mengayat yang tak patut pulak.

Eh, ke ada produknya? Kalau ada cuba khabarkan kat sini? Saya nak juga cuba.

Si Comel mama yang keluar juga secara pembedahan. Tak apalah mama kamu ada parut disebabkan dua kali potong perut ni demi Ahmad Naim dan Ahmad Nazif, mama tak kisah pun perut dah ada parut panjang ni. Semoga Allah berkati kehidupan kita ni agar kelahiran korang bakal jadi penyumbang kepada keluarga, masyarakat dan agama kita.

Gambar kat atas, Nazif bergaya dengan tudung mama. Dah macam mantel pulak jadinya...
Gara-gara saya tak benarkan Nazif keluar sama masa saya nak keluar jemur baju di ampaian, Nazif beriya ambil tudung saya ni dan minta saya pakai lagi. Kononnya nak ajak keluarlah kot. Nak mengusik dia, saya pakaikan ke badan dia, tak marah pulak, malah Nazif sambung main dan terus pakai tudung macam tu sampai saya tanggalkannya sendiri. Hai, Nazif ni, macam-macam..

Comments

  1. Alala comelnya nazif tadi..Tulah kadang bila nengok iklan kat fb tu macam2 tapi saya ok jelah layan dan nengok je..

    ReplyDelete
  2. Boleh balut satu badan yer...hehehe

    ReplyDelete
  3. Macam tu la cara promosi kak.. tapi eh jap esp Shaklee pun ada yang leh pudarkan parut, nak kata hilang tu susah la kan..hehee
    eh!! terpromote plak.. ngehngeh jangan marah :D

    ReplyDelete
  4. Kakak teringat kata-kata Prof Muhaya. Sampai kita mati pun parut melahirkan anak tak akan hilang. Tak kiralah melalui operation ataupun jahitan di bawah. So... itulah tanda pernah menjadi seorang ibu yg berganda-ganda pahalanya kerana menambah umat manusia di mukabumi Allah ini.

    ReplyDelete
  5. Arghhhhhhhhhhhhhh! Comelnya dak kenit tu. Klu ade dpn mata ni cikgu, mmg sy gomol habis....comellll!! Guling2 die...!!! Heheheheh.....

    ReplyDelete
  6. tudung mama dah jadi sari nazif yer.. cute jer tgk :)
    betul tu AN, kadang2 naik menyampah…. Tu tak termasuk letak gambar yg pelik2… sabar aje la… tapi takde la sampai terus unfriend…. ekekekke

    ReplyDelete
  7. kalau saya hide aje kawan² yg suka post benda bukan².. buat semak wall aje kan.. hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Kita senasib AN...okje bukan dua tau tapi tiga heehe.... Biar le ada parut pun...bukan org nampak pun hehe....alah setakat suami sendiri yg nampak kejam mata ajelah hehe

    ReplyDelete
  9. saya pun tertanya2 jugak celebriti antarabangsa pakai apa untuk hilangkan parut pembedahan dorang ek? Saya syukur la JJ ritu secara normal (which is not normal according to my fren hahaha) saya bukan apa, orang kata payah nak jaga kalau opret ni. yang lawaknya time duk teran tu, doktor warning cakap kalau sekali lagi push tak kuar, dia nak gunting perut I, habisan I teran terus kuar budak JJ ni, tapi doktor gelak2 kan I cakap tau takut. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Kalau guna Nazif buat model boby wrap, bagus ni. Mesti dapat sambutan luar biasa.

    Saya pun kena czer gak masa kali kedua. Alhamdulillah, parut tu takdalah nampak sangat pun. Sembuhnya pun quite cepat juga.

    ReplyDelete
  11. kadang2 block terus org yg suka hantar link iklan kt inbox..huhu

    ReplyDelete
  12. ala parut pembedahan tak hilang apa ada kisah,janji dua permata hati tak pernah hilang dimata..penjual2 on9 ni mmg macam2 katanya nak lariskan produk..benda yg mustahil pun dikatanya tak mustahil..macam2 la kan

    ReplyDelete
  13. hahaha..kelakar la..agak2 la nak ayat org...akak da lama deactivate fb..da xder fb dah..lega...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?