Berpeluh dalam hujan

Di BSP sekarang tengah hujan lebat. Agak lama juga hujannya ni. Macam manalah pasukan TRW nak main bola malam ni dengan keadaan padang basah ni? Tapi semangat Kelate gomo kan kuat, apa sahaja bukan halangan untuk menang..

Kes yang buat jadi berpeluh dalam hujan hari ni ialah keledek goreng ni..

Menggoreng keledek di masa hujan lebat, berpeluh juga. Memandangkan Kak Ja semalam bagi saya dua ketul keledek, petang ni saya rajinkan diri goreng keledek ni. Siap cari resepi dari blog CMG lagi. Mujur bahan-bahannya ada di rumah. Siap tumbuk cili lagi untuk buat sambal kicapnya.

Ingatkan tak abis keledek goreng ni, rupanya licin habisnya, sampai saya kena goreng lagi sikit untuk kali kedua. Papa N yang mulanya cakap sambal kicap tu pedas, mengalah untuk makan banyak semasa gorengan kali pertama. Baru makan separuh pinggan, Naim angkut semua keledek tu dan alhamdulillah dia memang makan sehingga habis. Lega mama. Berbaloi masak sampai berpeluh. Sambal kicap yang pedas ni pun penyumbang kepada berpeluh. Memang pedas tapi sedap....Thanks Mok Ja sebab bagi mama Naim keledek ni..

Comments

  1. Uishhh mmg sedap layan keledek goreng dalam ujan ni. I semalam nampak la keledek besar2 tapi tak terbeli sbb nak ronda2 lagi, then ternampak belimbing, terus rembat. Baru habis makan ni sambil main ninja2 ngan papa JJ haha.

    Owh papa JJ tengah godek streaming bola nak tengok game final ni, payah betul nak dapat channel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...belimbing pun sedap tu.. main ninja2? Macam mana nk main tu...

      Wah..orang kat berlin pun tgk bola kelate.. pasti boleh menang mlm ni.. kan?

      Delete
    2. Hahaha belimbing tu bila dipotong kan bentuk star, dah macam senjata yang ninja baling2 tu kan, so kami pun main suap2 baling2 belimbing to each other. Buruk pangai orang tua haha.

      Hnssss kelate kaloh, tapi takper la.. nextime.

      Delete
    3. Haaa..manja2 la tu... hoho..bagus2..

      Tulah pasal..tok main molek geng kelate smlm tu..

      Delete
  2. harap2 mlm ni xder angin, xder ribut, kang tak dpt tgok final.. maklum le ASTRO, lgsung xleh ada gangguan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan kak...semoga siaran ok.. baru puas hati tgk bola..

      Delete
  3. ptg td pon hujan lebat. skrg bru berenti. malam ni bola kan.
    hujan2 best layan makanan panas2.

    comel blog akak :)

    ReplyDelete
  4. mmg berbaloi masak bila semua licin… lain kali boleh buat lagi :)

    ReplyDelete
  5. Rajjin! Makan benda panas time hujan, mmg sedap!

    ReplyDelete
  6. Kalau dekat Johor ni Aisy memang makan pisang goreng ke, keledek goreng kena lawan dgn kicap cili padi tumbuk dgn bawang putih sikit dan gula. Kadang perah dgn asam limau aduhai sedapnya...:)

    ReplyDelete
  7. Keledek goreng ....okje suka jugak tu...hehe tak de yg tak suka, semuanya suka yeh AN hehe....
    Apalah jenis manusia okje ni hehe...
    Suka dgn kata kata awak dlm entri depan tu AN....kalau mslas sangat tak yah jd manusia hehe. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje ni mesti jenis insan yg penyayang, mudah didekati dan bertolak ansur.. sebab tu suka semuanya.. hati tak suka simpan hal sesih dan marah... yekan?

      Haa... sedap ayat tu kan? Ayat pujuk diri.. pemalas sgt apa nak jadi...sayalah tu..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?